`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 22, 2013

‘ALLAH’ MILIK ORANG KRISTIAN?




TUJUAN dokumen ini adalah untuk menjelaskan secara ringkas kepada orang-orang Kristian yang tidak faham bila, kenapa dan bagaimana Gereja-gereja di Malaysia menggunakan kata ‘Allah’.

Ia juga untuk orang Kristian yang keliru tentang bagaimana harus bertindak apabila berhadapan dengan orang bukan Islam yang jahil tentang penggunaan kata ‘Allah’ dalam agama Kristian.
Terdapat banyak (tidak tepat) kenyataan bukan Kristian yang mendakwa bahawa kita tidak boleh menggunakan kata ‘Allah’ kerana ia adalah istilah eksklusif untuk agama Islam yang merujuk kepada Tuhan Islam dan hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Ia merupakan masalah pelik di Malaysia kerana di negara-negara Islam yang lain, di negara Arab – penganut Kristian berbahasa Arab menggunakan kata ‘Allah’.

Umat Kristian sendiri kadang-kadang jahil kecuali jika kita berdoa dalam Bahasa Malaysia, kita berdoa kepada 'Allah' dalam bahasa kita sendiri. Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris, kita tidak menggunakan kata ‘Allah’.

Bagaimanapun, lebih 60% daripada Kristian di Malaysia hanya bercakap dalam Bahasa Malaysia, dan perkataan yang digunakan untuk Tuhan di dalam kitab Bahasa Malaysia (Al-Kitab) sejak terjemahan pada tahun 1731, adalah 'Allah'.

Kata ini digunakan oleh Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara mereka terutama di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan masyarakat Baba di Melaka

Sejarah Makna dan Penggunaan

1. Kata 'Allah' adalah istilah yang digunakan bagi Tuhan yang tertinggi di antara tuhan-tuhan, sebelum wahyu Islam. The Shorter Encyclopedia of Islam, ed. H.A.R. Gibb & J. H. Kramer dan The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, ed. John L. Esposito, menyokong dan mengesahkan pernyataan ini.

2. Dari segi sejarah, penganut Kristian berbahasa Melayu di Asia Tenggara telah menggunakan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan. Buktinya adalah seperti berikut:

• Wujudnya Kitab salat as sawai atau Katekismus Kristian di dalam Bahasa Melayu telah ditulis pada tahun 1514 dan diterbitkan sekitar 1545,

• Telah ada versi cetakan Injil Matius di dalam Bahasa Melayu oleh A.C. Ruyl pada tahun 1629,

• Kamus Melayu-Latin telah dicetak di Roma pada tahun 1631 (Dictionarium The Malaicum-Latinum dan Latinum - Malaicum)

• Terjemahan Kitab Kejadian oleh D. Brouwerius (1662),
• Terjemahan M. Leijdecker (1733),
• Terjemahan H.C. Klinkert (1879),
• Terjemahan W.A. Bode (1938), dan
• Pada tahun 1731-1733, telah wujud Al-Kitab Bahasa Melayu lengkap mengandungi kata ‘Allah’ iaitu terjemahan untuk ‘God’.

3. Oleh itu, sejak awal lagi, kata ‘Allah' telah digunakan dalam liturgi, doa-doa dan ibadat orang-orang Kristian yang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Tetapi selama berabad-abad itu, tidak ada bantahan atau kegemparan mengenai penggunaan kata 'Allah'.

Bahasa

Bantahan terhadap penggunaan kata 'Allah' kebanyakannya berpunca dari wacana politik, atau di kalangan mereka yang membantah dengan tuduhan bahawa penterjemahan dan penggunaan kata ‘Allah’ baru sahaja berlaku. Ini tidak benar kerana sebab-sebab berikut:

1. Dalam bahasa-bahasa Semitik, kata 'Allah' telah digunakan secara meluas di Timur Tengah sejak abad ke-5 SM, sehingga masa perkembangan Islam dan penyebaran Bahasa Arab pada abad ke-7 M.

2. Penterjemahan Al-Kitab bukan menterjemah dari Bahasa Inggeris tetapi berdasarkan teks-teks dari Al-Kitab Ibrani dan teks Yunani. Dalam Bahasa Ibrani, kata 'Allah' mempunyai bentuk akar yang sama seperti Bahasa Arab. Jadi, apabila kata 'Allah' pertama kali diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, para penterjemah sebenarnya mengikut penggunaan Bahasa Arab Kristian dan mengekalkan perkataan 'Allah'.

3. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kata 'Allah' digunakan sebelum kedatangan Islam. Ia bukan ciptaan umat Islam dan kewujudannya tidak bermula di dalam Al-Quran.

Haruskah Kristian Menggantikan kata ‘Allah’ dengan ‘Tuhan’?

Ini tidak mungkin atas sebab-sebab berikut :

1. Dalam Bahasa Melayu, 'Allah' bermakna ‘Tuhan’ dan ‘Tuhan’ bermaksud ‘Lord’. Ini jelas apabila kita membaca Al-Kitab, ‘Allah’ dan ‘Tuhan’ digunakan di dalam Al-Kitab, dan kedua-duanya mempunyai konotasi yang berbeza. Oleh itu 'Allah' tidak boleh digantikan dengan 'Tuhan’.

2. Kata Tuhan telah digunakan untuk Yesus Kristus iaitu Tuhan Yesus. Sekiranya Kristian menggantikan kata 'Allah' untuk Tuhan, ia menimbulkan banyak kekeliruan dan tidak keruan yang merujuk kepada Tuhan dan YesuS kerana:

• Makna ‘Allah’ dan Tuhan adalah berbeza.
• Ini sangat jelas melalui satu contoh sahaja. Di dalam Yesaya, Bab 41 dan Ayat 13; 43:3 dan 51:51. “For I am the LORD, your GOD...” diterjemahkan sebagai “Akulah Tuhan, Allah kamu...”(ALKITAB : Berita Baik. 2001. Edisi Kedua. Terbitan The Bible Society of Malaysia).

• Ia akan mewujudkan situasi tidak masuk akal jika orang Kristian perlu menterjemahkan frasa alkitabiah 'Lord God’ sebagai Tuhan Tuhan. Pengulangan kata Tuhan Tuhan menunjukkan jamak di dalam Bahasa Malaysia, ia seolah-olah memperlihatkan bahawa agama Kristian percaya akan banyak tuhan, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

• Umat Kristian berbahasa Malaysia tidak akan dapat mengesahkan ketuhanan Yesus Kristus dan mengajar doktrin Tritunggal kerana dua perkataan ini adalah kata-kata asas.

Kesan-kesan Larangan Kata ‘Allah’

1. Dinafikan untuk menggunakan kata ‘Allah’ adalah melanggar hak perlembagaan kebebasan beragama rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan melindungi hak setiap rakyat Malaysia untuk menganut agama dan amalan pilihan masing-masing. Perkara 11 (3) jelas memperuntukkan bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agama mereka sendiri.

2. Pada tahun 2011, Mahkamah Tinggi memberikan penghakiman yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan 'Allah'. Kerajaan (semua rakyat Malaysia, termasuk Kristian) membawanya ke Mahkamah Rayuan dan ia masih belum selesai.

3. Selain itu, terdapat juga pelanggaran hak menggunakan kata-kata penting dalam Al-Kitab Bahasa Malaysia. Lihat arahan 5 Disember 1986 daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan bahawa, sebagai tambahan kepada 'Allah', kata-kata : Al-Kitab, Firman, Rasul, Iman, Ibadah, Injil, Wahyu, Nabi, Syukur, Solat dan doa adalah tidak boleh digunakan dalam Al-Kitab. Di samping itu, membuat larangan melalui fatwa hanyalah relevan dengan umat Islam sahaja dan tidak terpakai kepada bukan Islam.

4. Melarang penggunaan kata 'Allah' dan istilah-istilah lain adalah tidak adil. Kristian Bumiputera perlu diberi penghormatan dan kebebasan untuk memanggil Tuhan dalam satu-satunya bahasa yang mereka. Ini adalah penting bagi identiti agama dan budaya mereka.

5. Jika gereja-gereja di Malaysia bersetuju untuk berhenti menggunakan kata 'Allah', bermakna hak untuk mengedit Kitab Suci agama utama dunia telah diberikan kepada sebuah kerajaan sekular. Ini akan menjadi satu perkara memalukan dan kejadian yang belum pernah berlaku pada mana-mana agama dan kerajaan.

Kesimpulan

Sesetengah umat Islam mendakwa berulang kali bahawa orang Kristian di Malaysia enggan berhenti menggunakan kata 'Allah' kerana mahu mengelirukan umat Islam dan memurtadkan penganut Islam, sekali gus menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Tuntutan itu adalah tidak berasas kerana tiada bukti penggunaan kata ini membawa ancaman keselamatan negara. Tuduhan ini kekal sebagai tidak berasas.

Sebaliknya, keadaan sebegitu dibuat kerana jahil dengan hakikat bahawa apabila orang Kristian menggunakan Al-Kitab, ia adalah khusus untuk umat Kristian berbahasa Malaysia. Gereja-gereja di Malaysia tidak pernah mencadangkan untuk mengubah kata 'Allah' dan 'Lord' kepada 'Allah' dan 'Tuhan', begitu juga bahasabahasa lain dalam Al-Kitab.

Disediakan Oleh Persekutuan Kristian Malaysia
(The Christian Federation of Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.