`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 22, 2013

SELEPAS TEWAS PRU-13, RAKYAT DIABAIKAN




Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Selain masalah bekalan elektrik sering terputus (Black Out) di daerah Sandakan, gangguan bekalan air di beberapa taman perumahan termasuk Taman Mesra sudah berlarutan sejak tiga hari lalu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) baru sajaja diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah semula tetapi amat mengecewakan hati rakyat kerana masih mewarisi masalah air sejak berdekad; di samping terus menabur janji.

Demikian penjelasan Ahli Parlimen (DAP) Sandakan, Stephen Wong kepada Sabahkini.Net sebaik sahaja beliau menerima aduan daripada penduduk setempat mengenai terputusnya bekalan air sejak kelmarin dulu.

"Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya tidak suka menghentam kerajaan BN secara melulu; tetapi ini soal masalah rakyat. Kita harus bantu kerana sukar memadamkan kemarahan rakyat," kata Wong yang meminta pemimpin BN menilai semula ciri kepimpinan mereka.

Kata Wong, sebelum PPRU-13, begitu hebat silap mata BN. Serba lengkap dan Wakil Rakyat begitu prihatin. Tetapi selepas tewas kerusi Parlimen Sandakan, Mantan Wakil Rakyat BN tidak lagi mempedulikan nasib dan kebajikan rakyat.

"Jika ingin beri rakyat hadiah, berilah momento yang berguna, bukan masalah yang terpaksa diwarisi rakyat dan dalam masa yang membayar cukai," ujar Wong yang menggesa rakyat yang bermasalah agar menemui beliau dan pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.