`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 16, 2013

APA AGENDA NAJIB LANTIK SHAFIE?



Saudara Pengarang,
PERLANTIKAN Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengejutkan ramai pihak, terutama rakyat Sabah kerana beliau telah gagal di semua jawatannya sebelum ini; sebaliknya mengesahkan desas desus beliau masih merupakan 'Blue Eyed Boy' kepada Perdana Menteri.

Walaupun majoriti rakyat Sabah tahu bahawa Sabah hanya maju di atas kertas tetapi mundur secara fizikal setelah Shafie mengamalkan projek 'Top Up' yang bukan sahaja telah disiasat SPRM terutama dalam kontrak bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar; malah Kementerian Kewangan Malaysia mendapati salah laku dan melebihi had kuasa yang ditetapkan Arahan Perbendaharaan.
Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan, rahsia Shafie membiayai pembangkang dan merancang kejatuhan Ketua Menteri Sabah didedahkan kepada Perdana Menteri. Pada peringkat akhir namanya digugurkansebagai calon dan terdapat ura-ura Shafie akan meletakkan jawatan sebagai menteri dan hanya mengekalkan jawatan politiknya iaitu Naib Presiden UMNO.

Namun setelah memenangi kerusi Parlimen Semporna, desas desus berkenaan terus padam sehinggalah Perdana Menteri melantik Shafie di potfolio lamanya untuk meneruskan penguasaannya terhadap 'Projek Top Up' yang sudah sebati dengan Shafie dan bukan rahsia lagi di kalangan kontraktor di Malaysia.

Perlantikan semula Shafie sebagai Menteri KKLW menunjukkan terdapat 'Cartel' yang membiayai kerjaya politik Shafie sehingga menggerunkan Perdana Menteri dan Timbalannya.

Sehingga saat ini tiada siapa tahu kenapa Shafie boleh digolongkan sebagai Kabinet Transformasi sedangkan beliau bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa; malangnya SPRM tidak berani bertindak, sekalipun rahsia dan bukti telah didedahkan bekas pemandunya dan TNBES.

Diharap dengan kemasukan semula Shafie ke Kabinet Malaysia, rakyat Sabah akan bangkit pada PRU-14 bagi menumpaskan kerajaan BN yang kononnya menepati janji tetapi membina jalan raya yang tidak boleh dilalui; membina bekalan elektrik yang hanya mengahrap cahaya bulan; membina paip yang hanya keluar angin dan road to no where?

Salam Hormat,

MOHD AZIZ M.K

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.