`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 9, 2013

BELIA TUNJANG KEKUATAN BN SEMPORNA



GANDING..... Saifullah menjelaskan bahawa Pemuda UMNO akan sentiasa berganding bahu dengan 3 ADUN dan ADR bagi membantu membangunkan Semporna.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIES S JUMADI
SEMPORNA : Ramalan segelintir pemerhati Politik atas pagar yang mendakwa kononnya golongan muda yang berumur antara 21 hingga 30 tahun begitu condong kepada parti pembankang dan menjadi penentu hala tuju Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, nampaknya jauh meleset.

"Kita tidak usah pergi jauh-jauh. Di Semporna sahaja ramai di kalangan belia menyokong kerajaan BN dan telah terbukti dengan kemenangan kesemua calon BN iaitu Datuk Mohd Shafie Hj Apdal (Parlimen Semporna); ADUN Bugaya Datuk Ramlie Marhaban; ADUN Senallang Datuk Hj Nasir Tun Hj Sakaran dan ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong (calon baru) dengan majoriti yang lebih besar."
Demikian dinyatakan sendiri oleh seorang pemuda UMNO Kampung Air Semporna 1, usahawan muda yang bergelar jutawan iaitu Mohd Saifullah Minggu semasa diwawancara Sabahkini.Net disalah sebuah restoran terkemuka di sini.

Saifullah menjelaskan bahawa anak-anak muda sudah mula menyedari bahawa kerajaan BN sahaja yang mampu membawa kemajuan negara, terutama memastikan tenaga dan usaha golongan belia tidak sia-sia dan bermatlamat.

“Saya juga anak muda baru berusia 24 tahun. Ramai ahli UMNO di cawangan Kampung Air yang sebaya umur saya. Mereka begitu megah menyokong kerajaan BN dan mereka tidak berminat dengan parti-parti pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR yang tiada lain, selain menimbulkan kontroversi dan memutarbelitkan fakta songsang," kata Saifullah yang meyakini beliau Semporna sudah bijak menilai yang mana batu dan mana permata.


SEMANGAT....Saifullah bersama-sama Pemuda UMNO Cawangan Kg Air Semporna 1 yang berhempas pulas bagi memastikan calon-calon BN meraihkan kemenangan PRU 13.

Apapun tambah Saifullah, beliau menggesa agar semua Wakil Rakyat yang terpilih pada PRU 13 ini agar tidak tidur lena dibuai mimpi yang indah; sebaliknya harus bekerja keras untuk menaiktaraf Pekan Semporna daripada jolokan 'Pekan Sampah' (Land Of Rubbish) kepada 'Bandar Mutiara' (Pearl of The East).

“Saya bagi pihak penyokong tegar BN ingin mengucapkan tahniah kepada Wakil Rakyat kami kerana kerja keras mereka berjaya memastikan BN terus memerintah Sabah sekalipun diserang Tsunami kaum Cina yang telah memilih hala tuju politik mereka di tangan Pembangkang," ujar Saifullah yang berharap agar semua wakil rakyat ini merelialisasikan hasrat pengundi ke arah memartabatkan Semporna sebagai sebuah pekan yang tercantik dan yang terbersih di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.