`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 2, 2013

DR ZAMRI YAKIN TUMPASKAN SHAFIE APDAL?



YAKIN....Calon PKR Parlimen Semporna, Dr Zamri yakin akan memenangi kerusi parlimen berkenaan yang sudah lama didominasi Shafie Apdal.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SEMPORNA : Calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) Parlimen Semporna Dr Zamri Hj Abdul Habbi berkata rakyat di Semporna termasuk golongan muda 65 peratus telah memberikan sokongan padu kepada perjuangan PKR.

Di Semporna, kata Dr Zamri sejak 20 tahun yang lalu tidak pandai berubah dalam aspek pembangunan sehingga ke hari ini tiada apa pembangunan yang boleh dibanggakan oleh rakyat.
Banyak pembangunan yang didirikan adalah merupakan bangunan kerajaan sahaja, selain itu rumah persendirian bagi orang yang berkemampuan.

Kata Zamri tiga wakil rakyat di Semporna iaitu ADUN Sulabayan, Senallang, Bugaya termasuk Ahl Parlimen Semporna gagal membangunkan daerah Semporna dalam aspek pembangunan untuk rakyat.


JIJIK....Salah seorang Guru menunjukkan timbunan sampah yang tidak dikutip oleh MDS selama satu minggu.

"Sampah sarap bertaburan di sana sini, rumah-rumah tiada beralamat, lorong-lorong jalan tidak dibubuh nama, landscape pasar lintang pukang, jalan-jalan raya berlubang di sana sini; kehidupan nelayan terlalu daif dan boleh dikatakan masyarakat di Semporna kalau yang kaya memang kay,a tetapi kalau miskin memang terlalu miskin,” jelas Zamri.

Zamri berkata demikian dalam satu temuramah di kediamannya di Taman Masmerah dekat sini dengan Sabahkini.Net kelmarin.

“Sebagai warga Semporna, saya berasa malu kerana Semporna merupakan destinasi pelancongan dunia. Bila melihat situasi Bandar Semporna paling kotor dipenuhi oleh timbunan sampah sarap yang bertaburan di sana sini, memang jijik mata memandang,” tegasnya.

Kata Zamri, jika beliau mahu huraikan masalah yang terdapat di daerah Semporna sejak dua tahun lalu mendapat anugerah iaitu 'Semporna Land Of Rubbish' sehingga esokpun tidak pandai selesai.

"Apapun saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sabahkini.Net kerana selalu menghantar wartawan dan jurugambarnya untuk membuat tinjauan di sekeliling Semporna sehingga rakyat tahu perkara songsang yang terdapat di daerah ini,” ujarnya.

Katanya rakyat di daerah ini, 80 peratus mahukan perubahan besar dalam semua aspek kerana mereka sudah muak dengan janji-janji para pemimpin BN; tetapi sedikitpun tidak pernah ditunaikan. Jika ada projek atau program-program bantuan, hanya kaum kerabat YB-YB sahaja yang dapat. Inikah yang dikatakan kerajaan BN adil sehingga rakyat terpaksa memilih Keadilan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.