`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 23, 2013

HOSPITAL KEHABISAN FILEM X-RAY?




NAIK TARAF.....Hospital ini perlu dinaik taraf kerana bilangan pesakit kian bertambah, manakala nisbah doktor terlalu berkurang.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
KINABATANGAN : Hospital Kota Kinabatangan perlu dinaik taraf seperti hospital-hopital lain di Sabah; terutama sekali dari segi kelengkapan yang sangat tidak memuaskan berikutan jumlah pesakit semakin bertambah ramai.

Antara masalah yang dihadapi oleh hospital ini ialah kekurangan doktor yang amat meruncing kerana hanya mempunyai 4 orang doktor; termasuk Pengarahnya dan 2 orang lagi ialah Pembantu Perubatan (Medical Asisstant).
Masalah kedua yang yang dihadapi ialah sering terputus stok filem X-Ray sehingga tidak dapat mengesan masalah orthopedik dan kemalangan jalan raya.

Perkara ini dijelaskan sendiri dua orang doktor dan beberapa orang jururawat di hospital yang meminta agar nama mereka tidak disiarkan kerana karenah birokrasi.

"Kami harap agar masalah yang kami hadapi dapat didedahkan untuk pengetahuan Pengarah Perubatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar diambil tindakan segera kerana segala usaha kami melalui pentadbiran telah gagal,” kata Jurucakap hospital berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.