`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 5, 2013

INDIA MUSLIM TIDAK MAHU DIFITNAH LAGI



Saudara Pengarang,
TINDAKAN Presiden Dewan Perniagaan Dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS), Presiden Kongres India Muslim Sabah (KIMMA), Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Sabah, Konsuler Putatandan Bekas Guru; Datuk Baisulkhan Bin Salman Faris yang bertindak untuk menyaman bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu seperti di kenyataan akhbar di atas tepat pada masanya kerana budaya fitnah menjadi-jadi dalam politik malaysia.

Susulan itu kami percaya lebih ramai India Muslim yang telah difitnah di media-media akan tampil menyaman demi untuk membersihkan nama mereka dalam apa jua hal khususnya berkenaan kerakyatan songsang.
Jangan membuat tuduhan tanpa mengetahui asas kebenarannya. Banyak India Muslim selama ini mendiamkan diri walaupun nama mereka dicemari kerana enggan berkorban masa berniaga mereka dan ada juga yang tidak mengetahui hak mereka yang harus dipertahankan.

Bekas guru daripada Tuaran tersebut mempunyai ramai anak didikan yang menjadi wakil rakyat di Barisan Nasional mahupun di Pembangkang. Bagaimana seorang wakil rakyat begitu mudah tanpa berfikir mengeluarkan kenyatan yang telah menjatuh maruah seorang Datuk yang begitu berjasa kepada negeri Sabah, khususnya dalam bidang Bulan Sabit Merah.

Jangan ingat kulit kami hitam, kami pendatang haram? Asal Usul Nenek Moyang Hiew King Cheu pun sama seperti asal usul Nenek Moyang kami.

Sebagai Pengajaran, jangan kita membuat tuduhan dan mengeluarkan bahan yang mencemar dan menjatuhkan maruah orang tanpa usul periksa. Oleh itu, semua mereka yang masih meneruskan untuk menfitnah saya dan ahli-ahli, kami akan terus mengambil tindakan sewajarnya.

India Muslim di Sabah mengikut senarai yang diserahkan kepada pegawai penyiasat RCI ialah sebanyak 300 lebih orang. Daripadanya, terdapat berpuluh orang dengan kod 71, 75 dan kod lain selain kod 12 dalam kad pengenalan. Kenyatan parti politik pembangkang mengatakan bilangan India Muslim di Sabah sudah berpuluh ribu adalah tidak benar sekali.

Seorang majikan mungkin ada banyak kedai, contohnya BTC. Ini bukan maknanya India Muslim telah banyak di Sabah dengan membuat IC Projek. Kalau ada yang dapat IC songsang, kerajaan yang harus siasat. Janganlah kita jatuhkan maruah orang lain sesuka hati tanpa usul periksa.

Salam Hormat,

INDIA MUSLIM 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.