`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 17, 2013

Kerajaan akan turunkan harga kereta secara berperingkat


Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak, katanya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagaimana  Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bercakap kepada media hari ini, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.
Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.
“Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.
“Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan,” katanya.
Yang turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.
-Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.