`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 10, 2013

‘Najib kawan saya, Anwar teman saya’


Jusuf mengaku sudah memberitahu Najib dan Anwar agar melakukan kompromi hasil keputusan pilihan raya umum Ahad lalu.
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sahabat baiknya.
“Sudah lama, dengan Anwar kami berteman sejak mahasiswa. Sedangkan  Najib kebetulan orang Bugis juga.
“PM Malaysia Najib dan tokoh pembangkang Anwar teman saya. Makanya saya ke Malaysia bertemu keduanya,’’ kata Jusuf Kalla kepada Rakyat Merdeka, kemarin.
Begitupun, beliau menyokong usaha Najib untuk mengadakan penyusunan perpaduan nasional selepas keputusan pilihan raya umum Ahad lalu.
Barisan Nasional mendapat 133 kerusi parlimen manakala Pakatan Rakyat 89, akibatnya Anwar menolak keputusan itu dan mendakwa ada kecurangan.
Jusuf  mengaku sudah memberitahu Najib  dan Anwar agar melakukan kompromi.

Berkempen dengan santun

“Jangan sampai perbedaan politik yang terjadi di Malaysia ini memicu  konflik,” tambahnya.
Menurutnya, beliau telah berpesan, agar keduanya (Najib dan Anwar) berkempen dengan santun, tidak saling serang peribadi masing-masing kerana keduanya adalah sahabat baik.
Bagaimanapun, Jusuf menolak dakwaan beliau menyokong Najib, namun menjelaskan beliau bukan orang tengah kepada kedua-dua pemimpin utama Malaysia itu.
“Saya ini bukan orang tengah, sebab, keduanya teman. Kalau pembangkang dan pemerintah berseteru itu kan sudah biasa dan lazim.Perbedaan pendapat itu kan selalu saja terjadi, bla-bila saja.
“Nah, sekarang bagaimana mencari penyelesaian dan tetap membangun tanpa berlarutan dalam perseteruan. Pada dasarnya saya tidak ikut campur. Kan kita tidak ada urusan mengenai negeri mereka, biar mereka mencari jalan penyelesaiannya,” kata Jusuf lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.