`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 28, 2013

[Panas] Isu AirAsia : Wanita Umno Tegur Rafidah

Tan Sri  Rafidah AzizWanita Umno mempersoalkan tindakan Pengerusi Lembaga Pengarah AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz yang berdiam diri berhubung kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani yang menuduh sebuah akhbar arus perdana sebagai rasis.

Penolong Setiausaha Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar berkata, Rafidah, sebagai orang kuat AirAsia X, perlu mengambil tindakan terhadap Azran bagi membuktikan semangat kebangsaan dalam syarikat yang membawa nama baik Malaysia kekal ke seluruh dunia.

“Rafidah hanya lantang mengkritik dalam Wanita Umno, tetapi apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, beliau mengambil keputusan berdiam diri.

Mungkin beliau sendiri setuju dengan kenyataan Azran itu. Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi Umno?” katanya.

Selain itu, Rosni, yang juga Adun Hulu Bernam, mendesak Azran mohon maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu di negara ini.~ Sinar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.