`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 5, 2013

PECAH BERITA! Pengundi HANTU Warga Myanmar BERJAYA DITANGKAP!



Ini maklumat baru yang diterima.

Seorang lelaki warganegara Myanmar berjaya ditangkap ketika cuba memasuki pusat pengundian di sebuah pusat mengundi di Petaling Jaya, Selangor.

Dia ditahan ketika cuba hendak memasuki pusat pengundian dalam keadaan gelisah dan seakan takut akan dicekup pasukan bertindak pemantau pilihan raya Pakatan Rakyat, namun akhirnya berjaya diberkas dan dibawa kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, calon KEADILAN parlimen Pandan, Rafizi Ramli memaklumkan di Twitter bahawa beliau akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang kira-kira jam 11.30 pagi ini atas isu yang sama.

Beliau mendakwa terdapat kira-kira empat orang dipercayai warga asing cuba untuk membuang undi di beberapa pusat mengundi sekitar Pandan Mewah.


Beberapa warga asing Bangladesh juga dikesan cuba membuang undi di sekitar Lembah Klang tetapi pasukan pemantau Pakatan Rakyat yang mengesyaki sesuatu pantas melaporkan kepada polis yang berkawal di pintu masuk pusat pengundian.

Difahamkan lebih ramai warga asing Bangladesh dan Myanmar yang memperolehi MyKad secara haram akan keluar untuk cuba membuang undi sekitar jam 2 petang ini.

Mereka dikesan akan menggunakan taktik lama iaitu cuba mempengaruhi petugas SPR untuk membuang undi kerana tidak perlu memeriksa butiran pengundian sebelum masuk ke saluran mengundi yang ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim meminta supaya suspek pengundi hantu tidak diapa-apakan dan meminta penyokong Pakatan Rakyat yang melihat situasi berkenaan agar segera memberitahu pihak polis yang bertugas.

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pula meminta semua pengundi yang dakwat pada jari telunjuk hilang selepas dicalit agar membuat laporan polis dan kesemua laporan tersebut akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai bantahan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.