`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 26, 2013

Pegawai Kanan "Tabung Haji" Di Tangkap Khalwat !!


[Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama rakan sekerja di sebuah bilik penginapan. Menurut sumber, wanita itu dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan pegawai kanan Tabung Haji Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru, malam Isnin lalu. Wanita itu ditahan bersama pasangannya selepas suaminya membuat laporan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) setelah mengesyaki ada sesuatu yang berlaku apabila mendapati isterinya tidak muncul ketika datang menjemput pulang. Difahamkan, selepas terima laporan, sepasukan pegawai penguatkuasa JHEAIPP membuat pemeriksaan di lokasi dilaporkan dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam sebuah bilik. Kedua-duanya didapati tiada hubungan mahram serta gagal kemukakan dokumen pernikahan kemudian dibawa ke pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Seksyen Negeri P.Pinang].#sumber


-pahangdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.