Wednesday, May 15, 2013
Pengumuman Kabinet Secara Langsung di TV1 5 Petang Ini
Kereta rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari perkarangan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur pada Rabu.
Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini tengah hari Rabu untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi barisan kabinet baharunya.
Perdana menteri tiba pada pukul 11.55 pagi menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan terus menghadap Seri Paduka bagi mempersembahkan senarai itu.
Kira-kira 30 minit kemudian kereta yang membawa Najib dilihat keluar dari perkarangan Istana. Seramai twenty orang wakil media sedia menunggu di luar pintu pagar Istana.
Pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM pada pukul 5 petang ini.
Pengumuman tersebut akan dibuat dalam satu sidang akhbar khas di Bangunan Perdana Putra.
Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi esok di Istana Negara.
Pembentukan barisan kabinet baharu itu ialah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai perdana menteri pada 6 Mei lepas.
Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 Apr lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui 28 menteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.