`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 23, 2013

TIAN CHUAK DI TAHAN KETIKA NAK MELARIKAN DIRI!!!


SHAH ALAM Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis.

Turut ditahan ialah seorang aktivis Haris Ibrahim dalam dua operasi berasingan, lapor Malaysiakini.

Kartunis Zunar turut menulis dalam dalam laman mikro Twitter miliknya mengesahkan penahanan mereka berdua.

Dipercayai penahanan ini berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang, tulis Tian menerusi Twitter beliau setengah jam yang lalu.

Beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara Haris yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) dikatakan ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Difahamkan, seorang lagi turut ditahan ialah aktivis Pas, Tamrin Ghafar.Selain Tian dan Haris yang ditahan di bawah Akta Hasutan, Tamrin juga menerima nasib sama.

Haris turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada thirteen Mei lalu, di mana aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim turut berucap.Ketiga-keti! ga merek a dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan dalam perhimpunan Sabtu ini di padang Amcorp Mall.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.