`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 19, 2013

‘Tiba masanya rakyat bangkit’


Penangkapan Adam Adli oleh pihak polis boleh mencetuskan kebangkitan anak muda di seluruh negara, kata CheguBard.
PETALING JAYA: “Sudah tiba masanya rakyat bangkit, tidak perlu menunggu lima tahun lagi” kata Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau menambah, ini kerana penantian 55 tahun itu sudah terlalu lama, inilah masanya rakyat bangkit.
CheguBard mengeluarkan kenyataan keras ini bagi menunjukkan simpati dan sokongan pihaknya kepada Adam Adli, mahasiswa Universiti Pengurusan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan polis semalam.
Ketika berucap di satu majlis di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, baru-baru ini, Adam menyeru orang ramai menyuarakan bantahan secara aman di jalanraya berhubung penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.
Ucapan berapi Adam Adli di pentas anjuran SAMM dan SMM pada 13 Mei lalu telah membawa kepada penahanan beliau semalam di Bangsar Utama. Beliau ditahan di Lokap Berpust Kuala Lumpur di Jinjang dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
SAMM bersama hampir 100 aktivis rakyat telah berkumpul dan menunjukkan solidariti terhadap Adam Adli di hadapan lokap yang dihuni oleh beliau sepanjang malam tadi.
CheguBard menyifatkan penangkapan Adam Adli sebagai mencetuskan mood yang baik untuk kebangkitan rakyat terutama anak muda akibat penipuan dalam PRU-13 hingga mencemarkan amalan demokrasi di negara ini.
Beliau mengingatkan pihak kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar sedar bahawa majoriti rakyat mahukan kerajaan yang baru tetapi malang bagi negara ini apabila kemenangan rakyat dicuri atas nama demokrasi palsu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.