`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 16, 2013

Timb Menteri WP bukan orang tempatan


Apakah BN sudah ketandusan pemimpin tempatan yang menang dalam PRU-13?, soal PAS Wilayah Persekutuan.
PETALING JAYA: Pelantikan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Dr J. Loga Bala Mohan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (WP) dipertikaikan kerana beliau bukan orang tempatan.
Loga, anak kelahiran Pulau Pinang dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam memegang portfolio di bawah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan).
“PAS berpandangan pelantikan Ku Nan sebagai Menteri WP dialu-alukan kerana beliau adalah Ahli Parlimen Putrajaya namun agak terkilan kerana pelantikan Timbalannya bukan dari kalangan Ahli Parlimen BN WP.
“Apakah BN sudah ketandusan pemimpin tempatan yang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 lalu untuk dilantik ke jawatan tersebut?,” soal Ketua Penerangan PAS WP Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Loga, salah seorang daripada enam wakil India (2 menteri, 4 timbalan menteri) yang dilantik dalam Kabinet tidak bertanding dalam PRU13, namun bakal dilantik sebagai Senator.
Semasa PRU13, empat wakil BN menang daripada 13 kerusi Parlimen WP; Putrajaya (Ku Nan), Titiwangsa (Datuk Johari Abdul Ghani), Labuan (Rozman Isli), serta Setiawangsa (Datuk Ahmad Fauzi Zahari).
Portfolio Timbalan Menteri WP sebelum ini disandang Naib Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Tapah Datuk M Saravanan, namun beliau masih anak kelahiran Kuala Lumpur.
Masyarakat kota
Mengulas lanjut, Mohamad Suhaimi dalam kenyataannya berkata menteri WP perlu memahami budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan, selain perlu kerap turun padang merasai sendiri keperitan hidup masyarakat kota.
Isu tersebut katanya termasuk peningkatan kos hidup, kadar pengangguran tinggi, ekonomi yang menjerat, kes jenayah dan gejala sosial, serta isu perumahan dan trafik.
“PAS mengharapkan supaya Menteri Wilayah Persekutuan bersama timbalannya mampu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang maju, makmur, aman dan sejahtera.
“Menteri Wilayah Persekutuan perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat di Wilayah Persekutuan tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.
“Rakyat dinilai sama pada pandangan pemimpin serta meletakkan setiap kawasan parlimen sebagai sama penting dan perlu diberi keutamaan tanpa mewujudkan sikap prejudis atau ‘wilayah terasing’ terhadap mana-mana parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat atau hanya tertumpu di kawasan sendiri sahaja.
“Bahkan, ahli Parlimen Pakatan Rakyat WP juga seharusnya diberikan peranan memberikan buah fikiran, pandangan dan kerjasama erat bagi membina kesejahteraan rakyat serta pembangunan WP,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.