`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 21, 2013

TUKAR SEGERA PENGARAH KPDNKK SABAH?





Oleh : CHAN TZUN HEI
“Ke mana sudah pergi semua diesel di Sandakan?” demikian dipersoalkan oleh Au Kam Wah, ADUN N.45 Elopura. Pihak pengusaha stesen minyak telah dibekalkan dengan kuota yang mencukupi untuk keperluan warga Sandakan, namun perkara ini masih berlaku dan belum dapat diselesaikan dengan segera. Pihak pemantau gagal dan amat lemah serta perlu mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya untuk hal ini.

Wakil rakyat yang baru menang kali ketiga ini menyesal kerana setiap bulan hampir pada 20 haribulan dalam tahun ini berlakunya aduan masalah stesen minyak daripada rakyat kerana stesen kehabisan bekalan minyak diesel atau dihadkan untuk mengisi minyak diesel dalam lingkungan antara RM20 hingga RM60 di sesetengah stesen minyak Sandakan.
Stesen minyak tidak boleh menghadkan pengguna untuk mengisi jumlah diesel yang diperlukan. Perkara ini memerlukan satu penyelesaian dengan serta merta dan bukan hanya setakat meminta tambahan kuota pada bulan tersebut apabila masalah timbul.

Tambahnya, Sandakan dijangka kehabisan diesel pada 25 haribulan Mei ini kerana masing-masing stesen minyak telah habis kuotanya untuk bulan ini.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - KPDNKK di Sabah gagal melaksanakan tugas mereka untuk memantau perkara ini.

Prestasi dan tahap penyelesaian mereka dalam perkara ini disifatkan gagal dan lemah serta adalah bercanggah dengan konsep 1 Malaysia dalam rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sebaik sahaja lesen 'community drumming' ini dilaksanakan, masalah kekurangan diesel mulai berlaku. Au turut khuatir sekiranya perkampungan dan kepulauan mempunyai permintaan yang tinggi seperti ini, penghantaran diesel ini sepatutnya dilakukan dari depot atau stesen minyak yang terdekat dengan kampung tersebut kerana ini lebih ekonomi dari segi kos penghantaran dan lebih senang untuk membuat pemantauan.

Beliau mempersoalkan di mana diesel yang secukupnya telah pergi sehingga tertimbulnya insiden seperti ini pada setiap hujung bulan. Beliau tidak rasa hairan jika antaranya melibatkan penyelewengan dan penyeludupan.

Beliau turut minta perhatian daripada ahli-ahli parlimen untuk mengambil perhatian dalam perkara ini. Bukan sahaja rakyat jelata menghadapi kesusahan mengisi minyak diesel, para pengusaha pengangkutan, kilang, pembinaan dan perindustrian yang menyumbang dalam pembangunan ekonomi setempat turut menjadi mangsa.

Au bercadang perkara pertama yang harus lakukan adalah kuota bulanan untuk setiap stesen ditambah untuk mengatasi masalah ini berlaku tiap-tiap bulan. Kemudian, siasatan dalaman dan luaran dilakukan untuk mencari akar umbi masalah ini.

Berikutan dengan penukaran jawatan oleh Pengarah KPDNKK Sabah ke jabatan lain, Au menggesa supaya pengarah baru yang bakal mengambil alih nanti dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah kekurangan pembekalan diesel di Sandakan ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.