`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 1, 2013

UMNO Terkuat? Najib, PM 47% Itu Tertipu & Menipu Dengan Ilusinya!


Najib: Umno muncul parti terkuat dalam PRU13

Umno kekal sebagai parti pilihan rakyat berdasarkan pencapaian parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

"Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS)," kata Presiden Umno itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaannya merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah.

"Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi yang diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya.

Justeru, Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan.

Beliau berkata penyusunan semula tersebut perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurutnya khidmat tenaga profesional sepenuh masa dan berdedikasi akan digunakan untuk melaksanakan tugas dan arahan majlis itu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengumuman Najib mewujudkan pelbagai pengkhususan dalam memantapkan lagi parti itu akan menjadikan Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda.

"Ini merupakan tumpuan baharu parti kerana pada 2017 atau 2018 nanti (jika pilihan raya umum diadakan), dijangka hampir 2.5 juta pengundi muda, dan ini harus diberikan tumpuan bagi mendekati kumpulan berkenaan," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berpendapat pewujudan pelbagai pengkhususan itu adalah cadangan yang tepat bagi memulakan usaha parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"Kita pisahkan media sosial daripada penerangan, jadi kita akan memberi input untuk kaedah menjalankan kempen melalui media alternatif dengan lebih berkesan. Pemuda Umno akan menyumbang idea untuk memperkukuhkan bidang itu," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Najib membnicarakan soal kerusi, lansung tak sentuh tentang undi.

Dengan penuh bangga beliau menyatakan "kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88".

Oleh kerana Najib berbicara tentang "kerusi" kita jawab dengan kerusi juga.

UMNO meningkatkan kerusinya daripada 79 kepada 88 katanya, TETAPI jangan terlepas pandang bahawa kerusi Barisan Nasional merosot 7 kerusi dari 140 (2008) kepada 133 (2013). Pakatan Rakyat yang dapat menambahkan 7 kerusi daripada 82 (2008) kepada 89 (2013)

Jadi peningkatan kerusi UMNO datang dari mana kalau bukan dari kalangan anggota BN sendiri iaitu MCA? MCA kalah teruk dengan kehilangan 8 kerusi iaitu daripada 15 (2208) kepada cuma 7 (2013).

Rumusannya? UMNO bertambah kuat dengan menambah kerusinya dengan mengkorbankan MCA!

Sokongan kaum India yang digembar-gemburkan telah kembali kepada BN juga palsu kerana MIC cuma menambah 1 kerusi sahaja iaitu dari 3 (2208) kepada 4 (2013).

Ditinjau dari sudut undi popular keadaannya bertambah buruk dan Najib lansung tak sentuh lansung mengenainya.

UMNO menerima sejumlah 3,241,286 (29.32%) undi popular, jauh lebih rendah daripada Pakatan Rakyat yang memperolehi 5,623,984 (50.87%).

UMNO parti terkuat?

Dengan jumlah undi popular yang diterima oleh UMNO sebanyak 3.2 juta itu, ia menyamai keahlian UMNO yang juga dikhabarkan seramai 3.2 juta. Ini bererti UMNO hanya menerima undi daripada ahlinya sendiri, menjelaskan kepada kita bahawa UMNO tidak layak untuk mewakili rakyat "Melayu" Malaysia kerana jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. Sejumlah 4.6 juta lagi pengundi Melayu tidak memilih UMNO sebaliknya memilih Pakatan Rakyat! Itu GB tak ulas pengundi bukan-Melayu yang masing-masing dah tahu, malah Najib sendiri akui, majoritinya sudah tidak mengundi BN!

Najib benar-benar sedang berilusi, tertipu dan hendak menipu rakyat Malaysia,,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.