`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 19, 2013

(VIDEO) BOHONG! SETELAH TERUK DIHINA TANPA BELAS KESIHAN, 95% POLIS SOKONG ANWAR & PEMBANGKANG DI #PRU13!!

Sebelum ini, pasukan Polis kita mendepani cabaran amat getir iaitu membendung ancaman pengganas Kiram III yang cuba menceroboh Lahad Datu, Sabah. Ramai yang cedera dan terkorban tetapi malangnya, Pakatan Pembangkang dan kuncu-kuncu Anwar menuduh insiden ini sebagai sandiwara semata-mata.



Kita juga tentu tidak lupa bagaimana anggota Polis kita diperlakukan seperti anjing oleh perusuh-perusuh Bersih 3.0 dalam insiden Rusuhan 28 April 2012 di Kuala Lumpur. Perhimpunan haram itu didalangi oleh pakatan pembangkang.

Peristiwa kereta polis dibaling batu, dipijak-pijak sebelum terbabas dan kemudiannya anggota polis di dalam kereta itu dibelasah hingga cedera parah pula, akan kekal sebagai satu set dokumen dalam memori kita ini selama-lamanya.

Kita juga tidak lupa bagaimana anggota Polis kita digelar dengan pelbagai gelaran yang amat keji dan hina oleh pihak pembangkang. Antaranya "Polis Anjing UMNO," "Polis Barua UMNO," "Polis Tali Barut UMNO," dan bermacam-macam lagi cerca nista dilemparkan.

Inilah tugas Polis. Dihina bila tidak disukai, tetapi dicari bila diperlukan. Nak harapkan pujian daripada pihak-pihak ni, jangan mimpilah. Setiap masa kalau boleh mereka nak cari kesalahan Polis termasuklah Anwar Ibrahim sendiri.

Video-video di bawah adalah sebahagian daripada bukti yang menunjukkan betapa Pakatan Pembangkang menghina pasukan polis hingga tahap tiada maruah. Polis teruk diburuk-burukkan dan di maki hamun oleh Pakatan Pembangkang di mana ketuanya ialah Anwar Ibrahim sendiri.


 Video 1


Video 2


Video 3


Video 4


Video 5

Walau bagaimana pun, polis adalah manusia biasa yang juga mempunyai perasaan. Setiap anggota polis akan pasti tersentuh sedih dan kecewa dengan tindakan kepimpinan Pakatan Pembangkang dan penyokong-penyokong mereka yang sengaja memaki hamun dan menghina mereka. 

Dan setelah teruk di maki hamun dan di hina tanpa belas kesihan oleh Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim masih mahu menipu rakyat kononnya 95% anggota polis menyokong Pakatan Pembangkang di PRU13 yang lepas?

 Lihat video di bawah :



MiM hairan jika ada yang percaya dengan omongan Anwar di dalam video di atas. 

Bahkan, semua orang tahu Pakatan Pembangkang telah memburuk-burukkan imej pihak polis selama ini dan kerana itu, 95% polis sokong Pakatan Pembangkang?

Come on.... Anwar. Who are you trying to bluff?  

Ironinya, Anwar 'mengiktiraf' pula 'sumpah polis' tersebut sedangkan diri beliau sendiri masih belum bersumpah mubahalah ke atas dakwaan aktiviti liwat beliau! 

Sungguh memalukan! Shame on you!

- DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.