`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 9, 2013

YUSOF APDAL TIDAK LAYAK JADI MENTERI?






Saudara Pengarang,
KAMI masih boleh bersabar dengan sikap sombong ADUN Lahad Datu, Datuk Haji Mohd Yusof Apdal terhadap kaum Cina di Lahad Datu; mewarisi sikap Mantan Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur; tetapi kami merasakan bagaikan dikencing di kepala kami jika beliau dipilih sebagai Menteri Kabinet Sabah; sebagaimana sokongan yang dinyatakan oleh BN Silam.

Baru-baru ini, kami terbaca artikel Sabahkini.net bertajuk 'BN Silam Rayu Adun N50 Anggotai Kabinet Sabah' yang kononnya BN Silam sebulat suara menyokong Yusof dilantik sebagai Menteri Kabinet Sabah berdasarkan pengalaman dan ketokohannya.
Mungkin Ketua Menteri sibuk atau Perdana Menteri 'terlepas pandang' segala Skandal yang didedahkan Sabahkini.net sebelum ini; terutama yang melibatkan 'Dua Beradik' anak Bekas Tentera Filipina ini dalam Skandal Projek Top Up dan Kes Rasuahnya.

Walaupun saya dan masyarakat Cina Lahad Datu tidak berdaya menghalang sebarang perlantikan Yusof ke apa juga jawatan, tetapi saya hanya ingin mengingatkan; wajarkah pengkhianat kepada parti UMNO dan Barisan Nasional diangkat sebagai YB dan diberikan jawatan dalam kabinet; sedangkan beliau sepatutnya dipecat daripada UMNO kerana terlibat membiayai pembangkang dan menikam UMNO dari belakang?

Sebelum BN kalah teruk pada PRU akan datang, sewajarnya Yusof tidak dilantik sebarang jawatan bagi mengelakkan perpecahan dalam UMNO dan BN. Cukuplah apa yang beliau dan abangnya buat selama ini memporak porandakan politik Sabah.

Saya akan mengirimkan bukti video Skandal Yusof dan abangnya menikam UMNO dan BN dari belakang dan harap dapat disiarkan di SabahkiniTV. Saya akan bertanggung jawab jika ada tindakan mahkamah.

Salam Hormat,

C.K.WONG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.