`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 16, 2013

26,000 OKU DI SABAH BERDAFTAR DENGAN JPKAS



KOTA KINABALU : Kira-kira 26,000 orang kelainan upaya di Sabah telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKAS) setakat ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Anita Baranting berkata mereka meliputi tujuh kategori iaitu cacat pendengaran, cacat fizikal, masalah pembelajaran, buta, masalah pertuturan, mental dan lain-lain.
Mereka ini berdaftar dengan jabatan kebajikan dan mendapat kerjasama daripada badan bukan kerajaan seperti Best Hearing Aid Centre, Hospital Sabah, Sabah Deaf Society dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas, katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Terdahulu beliau menyerahkan alat bantuan pendengaran yang disumbang Starkey Hearing Foundation (SHF), sebuah yayasan dari Amerika Syarikat, kepada 1,300 penerima.

Sementara itu, Pengasas SHF Bill Austin berkata menerusi sumbangan berkenaan, SHF berharap mereka yang cacat pendengaran dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

"Mereka yang mempunyai masalah seperti ini bukan hanya tidak peka kepada keadaan keselamatan tetapi juga jauh terasing dengan masyarakat luar.

"Oleh itu dengan adanya sumbangan dan bantuan ini akan dapat membantu dalam kehidupan mereka," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.