`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 16, 2013

MANTAPKAN HARIMAU MALAYSIA BUKAN MALAYA!



MALAYSIA..Syed mahu pangilan Harimau Malaya ditukar dan turut memanggil pemain dari Sabah dan Sarawak dalam pasukan bolasepak kebangsaan.
Oleh : MEDIA PRIBUMIS

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) Syed Kamalrul Sufian meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara ditukar kepada 'Barisan Harimau Malaysia' bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.
Syed, menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Beliau berkata rakyat Sabah turut menyokong pasukan bola sepak negara dalam setiap kejohanan dalam dan luar negara tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.
"Kami bersama dengan kejayaan dan kekalahan pasukan bola sepak negara tetapi dengan memanggil pasukan itu sebagai Harimau Malaya, ia seolah-olah tidak mahu berkongsi dengan masyarakat di negeri ini dan Sarawak,” katanya di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta agar Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar megharamkan istilah Harimau Malaya dalam tempoh terdekat ini bagi menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara.
Tambahnya lagi, pemain pemain berbakat dari Sabah dan Sarawak harus di panggil dan turut sama berada dalam pasukan Harimau Malaysia.“Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?
“Jika Sabah dan Sarawak dipinggirkan, saya cadangkan Sabah dan Sarawak membentuk pasukan bola sepak mereka sendiri dan diberi nama Harimau Borneo sebagai pasukan bolasepak kedua negara,” katanya.
“Saya fikir ada asas untuk desakan itu dibuat kerana ia tidak menggambarkan konsep 1Malaysia. Penggunaan istilah Barisan Harimau Malaysia lebih sesuai untuk kita menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.