`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 27, 2013

Air Selangor: Najib beri komitmen

Kerajaan negeri pada 19 Jun lalu menerima surat daripada Perdana Menteri menyatakan keterbukaannya untuk berbincang, kata MB Selangor.
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan kerajaan Selangor bagi menyelesaikan penstrukturan semula air negeri itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri pada 19 Jun lalu menerima surat daripada Najib menyatakan keterbukaannya dan sedia berbincang dengan kerajaan negeri bagi menyelesaikan penstrukturan semula bekalan air.
Katanya, proses rundingan itu akan dijalankan mengikut garis panduan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
“Perdana Menteri menyatakan beliau telah meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mengambil tindakan susulan bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Selangor dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Abdul Khalid, pihaknya melihat perkara ini sebagai perkembangan positif dan jika berhasil, proses penstrukturan ini akan selesai selewat-lewatnya September depan.
Manakala draf dokumen pengambilalihan syarikat konsesi kini menurut Khalid sedang disiapkan mengikut terma dan syarat yang akan dipersetujui selari dengan WSIA.
“Kita juga telah menyiapkan draf berkenaan tanggungjawab dan bidang kuasa semua pihak termasuk Kementerian Kewangan Diperbadankan, Perbadanan Urus Air Berhad (PAAB) dan syarikat-syarikat konsesi.
“Jika semua pihak bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing, kita menjangkakan proses penstrukturan semula industri pembekalan air ini akan selesai pada September ini.
“Kita berharap Perdana Menteri mendapat mesej yang jelas tentang kesungguhan dan komitmen kerajaan Selangor untuk menyelesaikannya demi kepentingan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.