`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 19, 2013

APA ERTINYA ADA WAKIL RAKYAT?



TERSUMBAT.... Kelihatan sistem perparitan tersumbat menyekat aliran air lalu melimpah ke permukaan jalanraya.

Oleh: JACOB BALANG

TENOM: Seorang pemilik kedai gambar dekat sini Chung Kiam Loong 50, menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah sistem perparitan kedai itu yang telah tersumbat sejak tahun lalu kerana keadaannya kini semakin serius dan mengeluarkan bau busuk.
Beliau berkata, meskipun masalah itu telah pun dikemukakan kepada pihak tertentu sebelum ini terutamanya Pegawai Daerah yang juga merupakan Pengerusi Majlis Daerah namun sehingga sekarang keadaannya masih tidak berubah.
“Kami juga sudah mengemukakan perkara ini kepada Adun Melalap Datuk Radin Malleh dan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi sebelum pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) semasa kedua wakil rakyat itu melawat persekitaran kedai kedai namun mereka (wakil rakyat) sekadar meminta kami melaporkan perkara ini kepada pihak PBT.
“Melihat keadaan ini semakin tidak diambil perhatian oleh pihak tertentu terutamanya PBT, maka saya ada memberitahu Pegawai Daerah bahawa tiada pilihan lain kecuali media jika tiada tindakan dibuat,” tegas Chung.
Katanya, kebimbangan sering menghantui pemikiran para pekedai disitu berhubung dua perkara kemungkinan akan berlaku jika tidak ditangani segera yang akan memudaratkan kesihatan manusia selain ia memberi impak kepada perniagaan hariannya yang menghalang pelanggan pelanggannya membeli belah di kedainya.
“Kami agak tertekan dengan keadaan bau busuk yang senantiasa menyelubungi kami...(lebih malang lagi) apabila PBT tidak melayani rintihan kami selama ini, sedangkan masalah itu adalah bidangkuasa PBT untuk membersihkan perparitan supaya saliran air tidak terhalang,” tegasnya.
Justeru, mereka meminta kerjasama yang lebih baik dari pihak berkaitan agar masalah tersebut dapat ditangani dengan sewajarnya dengan mengambilkira bahawa setiap masalah yang dihadapi rakyat khususnya pengguna haruslah didahulukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.