`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 19, 2013

PELAJAR DICULIK, SEKS ORAL DAN DIROGOL




MIRI: Seorang pelajar perempuan yang diculik dari kawasan sekolahnya awal pagi semalam dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki sebelum dia dirogol dan ditinggalkan di sebuah kebun.

Dalam kejadian yang berlaku jam 6 pagi semalam, pelajar terbabit yang masih menuntut di tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, sedang berjalan menuju ke pekarangan sekolah bersama dua lagi rakan perempuannya, apabila mereka didatangi oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna merah.
Sambil menghampiri mereka dengan keretanya, lelaki tersebut memberitahu bahawa dia hendak meminjam telefon bimbit ataupun duit syiling untuk menghubungi rakannya bagi meminta bantuan kerana tayar keretanya pancit.

Bagaimanapun, mangsa memberitahu suspek bahawa mereka tidak mempunyai telefon bimbit atau duit syiling.

Suspek kemudian meminta pen dengan kertas untuk menulis sesuatu yang tidak dinyatakannya dan tanpa memikirkan niat buruk lelaki tersebut, mangsa kemudiannya mencari pen dan kertas dalam beg sekolahnya sambil melangkah ke arah kereta suspek.

Sebaik hampir dengan kereta tersebut, tiba-tiba suspek menarik rambut mangsa dan mencengkamnya untuk memaksa mangsa masuk ke keretanya sambil memecut membawa mangsa yang terjerit-jerit kesakitan dan ketakutan.

Manakala dua rakannya yang bersama mangsa tadi terkejut dan tercengang melihat kejadian itu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan, menyebabkan mereka berlari ke sekolah untuk mendapatkan bantuan.

Pada masa yang sama, mangsa yang diculik oleh suspek dalam keretanya tadi dibawa ke sebuah kawasan kebun dan diugut akan dibunuh jika tidak mengikut kata-katanya.

Suspek memaksa mangsa melakukan seks oral (menghisap kemaluannya) sebelum dia kemudiannya merogol mangsa lalu meninggalkannya di kawasan kebun berkenaan.

Mangsa yang berjaya keluar dari kawasan kebun berkenaan kemudian berlari balik ke sekolahnya dan mengadu tentang perkara tersebut kepada pengetua sekolah.

Dengan ditemani penolong kanan sekolah serta seorang lagi guru, mangsa bersama dua rakannya tadi kemudian dibawa ke Balai Polis Lutong sebelum dirujuk ke Balai Polis Pusat Miri untuk membuat laporan polis sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mun Kock Keong yang mengesahkan kes tersebut semalam, memberitahu bahawa kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. (BP)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.