Syarikat automotif nasional negara Proton hari ini secara rasminya melancarkan model baharunya dengan harga paling berpatutan setakat ini, Proton Saga Super Value (SV).
Proton Saga SV diperkenalkan kepada umum di Bilik Pameran Platinum Proton Edar di Mutiara Damansara oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, En. Hisham Othman. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Dato’ Sri Hj Mohd Khamil Jamil dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Lukman Ibrahim.
Dengan pengenalan variasi permulaan model Saga FLX 1.3 terbaharu itu, tempahan kini sudah dibuka, seterusnya memberi peluang kepada para pelanggan dalam segmen A untuk memiliki sebuah kereta pada harga mampu milik tanpa berkompromi dengan kualiti, keselesaan, prestasi pemanduan dan keselamatan.
Proton Saga SV dikuasakan enjin 1.3 liter Campro IAFM dengan transmisinya tersedia pilihan manual atau automatik CVT. Sesuai dengan nama Super Value yang diperkenalkan, harga Saga SV ditawarkan bermula serendah dari RM33,438.00 sehingga RM36,888.00 (Semenanjung Malaysia).
Saga SV dilengkapi roda keluli bersaiz 13 inci dengan penutup roda, unit radio 1-din dengan pemain CD, stereng kuasa, cermin sisi kawalan manual, lampu signal tepi diintegrasikan dengan cermin sisi, beg udara berkembar, tali pinggang keledar ‘pre-tensioner’, ‘child restraint anchorage’ dan ‘immobiliser’.
Menurut Proton, Saga kekal menjadi model terlarisnya sehingga kini dan ia juga merupakan antara model terlaris di Malaysia. Saga FLX baru-baru ini telah menerima penarafan 3-Bintang dari ANCAP (ASEAN New Car Assessment Programme), di samping turut menerima anugerah sebagai sedan kompak dengan nilai terbaik (Best Value Compact Sedan) oleh NST-Maybank Car of the Year Awards 2012 (COTY).
Enam warna menarik ditawarkan untuk Saga SV termasuk warna baharu ‘Blue Rock’. Ianya juga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tempoh 3 tahun atau 100,000km (yang mana lebih awal).
Proton Saga SV (Super Value) kini boleh dimiliki dengan harga di Malaysia daripada RM33, 438 atas jalan (OTR). Dan yang menariknya anda mampu memiliki kereta SV (Super Value) ini dengan ansuran bulanan serendah RM250.
HARGA MAMPU MILIK DI SINI
HARGA MAMPU MILIK DI SINI
Spesifikasi Proton SV :
Enjin: CamPro IAFM, 4 silinder, DOHC 16V
Kapasiti tangki minyak: 40 liter
Prestasi: Manual - Speed 160km / h, pecutan maksimum (0-100km) 13s, penggunaan bahan api pada 90km / h 6.0
Prestasi: CVT - Maksimum Speed 155km / h, pecutan (0-100km) 14.5s, penggunaan bahan api pada 90km / h 6.3
Ciri-ciri: stereng Tilt, pemain Radio/CD/MP3, tikar Carpet, pemegang nombor plat, Lotus Ride & Handling, Kemasukan Key-less (Key-less remote entry)
Keselamatan & Kawalan: Sistem Penggera, Sistem gerak, sensor Songsang, Central lock pintu & Dwi Beg udara, tingkap Tinted, Punaran Keselamatan (Alarm System, Immobilizer System, Reverse Sensor, Central door lock & Dual Airbag, Tinted window, Security Etching)
Warna : putih pepejal, Tranquility hitam, perak genetik, Blue Rock, Elegant coklat, merah Kebakaran (Solid white, Tranquility black, Genetic silver, Blue Rock, Elegant brown, Fire red)
Proton SV 1.3 Harga di Malaysia (MT / CVT):
1) Tranmisi Manual
RM33, 888 Metallic
RM33, 438 Solid
2) Tranmisi Penghantaran berterusan ubah (CVT)
RM 36,888 Metallic
RM 36,438 Solid
Proton Saga SV Online Risalah (Brosur) Download:
Proton Saga SV FLV CVT
Proton Saga SV FLV Manual
p/s : Maklumat lanjut mengenai Proton Saga SV juga boleh didapati melalui pembacaan di artikel terdahulu di sini : Laman web Proton Edar dedah maklumat mengenai spesifikasi dan harga Proton Saga FLX 1.3 SV baharu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.