Mengapa Najib dan Menteri BN kurang perhatin dalam tragedi yang memalukan ini......Lihat kenyataan MP Bayan Baru kebetulan beliau seorang jurutera membuat ulasan :
'Key Points' Sidang Media oleh YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru berkaitan Tragedi Runtuhan Binaan Jambatan II Pulau Pinang pada 10 Jun 2013.
1.0 Saya Berasa kesal kerana pemimpin kerajaan persekutuan langsung tidak menunjukkan keprihatinan terhadap tragedi kes keruntuhan Jambatan kedua Pulau Pinang.
2.0 PM hanya tweet insiden ini sekali. Dalam tweet beliau pada khamis lepas, beliau berkata:
“Authority will investigate tragic insident on penang bridge, let’s focus on rescue effort and pray for victims and their families.”
Itu sahaja.
3.0 Menteri Kerjaraya tidak turun padang melawat tapak untuk menyiasat trajedi ini. Hari ini sudah hari kelima.
4.0 Pengerusi Panel Penasihat Projek Persekutuan di bawah ICU, En Teng Chang Yeow langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan malah melawat tapak.
5.0 Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain langsung tidak melawat tapak.
6.0 Sinar Harian dalam akbar semalam memuji hanya pemimpin Pakatan Rakyat yang turun padang membantu menyelesaikan masalah.
7.0 Hari ini, Saya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kerjaraya Datuk Fadilah Yusof turun ke Tapak Kejadian dengan serta merta. Mereka mesti memikul tanggungjawab terhadap projek-projek persekutuan dan bukan mengambil sikap lepas tangan.
8.0 Barisan Nasional hanya melaung-laungkan Rakyat Didahulukan dalam Pilihanraya sahaja, 1 bulan selepas Pilihanraya, mereka lupakan segala-gala janji dan melepaskan tangan semua tanggungjawab. Mereka harus tahu seorang mangsa rakyat Malaysia Tajuddin Zainal Abidin telah meninggal dunia akibat tragedi ini.
Menubuhkan 'Independent Technical Investigation Committee'
9.0 Saya juga menyeru Perdana Menteri menubuhkan “Independent Technical Investigation Committee” dengan sepenuh kuasa penyiasat, untuk menyiasat segala punca tragedi ini. Ia perlu dianggotai oleh pakar-pakar teknikal yang terulung di Negara ini mahupun dari luar negeri. Jawatankuasa ini harus berkuasa besar mencontohi jawatankuasa “Highland Tower”.
10.0 Buat masa sekarang, siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa adalah sulit dan tidak akan dipaparkan kepada rakyat melainkan di makhamah.
11.0 Rakyat Pulau Pinang sekarang mengalami krisis kepercayaan (crisis of confidence) terhadap projek-projek kerajaan persekutuan. Kebelakangan ini beberapa kes projek persekutuan menghadapi pelbagai masalah. Stadium Kuala Terenganu runtuh dua kali, Hospital Shah Alam tidak dapat digunakan, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu yang berkuman, KLIA2 dan Projek Naik Taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang ditunda.
12.0 Dalam trajedi Jambatan Kedua Pulau Pinang kali ini, tugas yang paling utama adalah memulihkan kepercayaan rakyat Pulau Pinang terhadap keselamatan Jambatan ini.
13.0 Maka, Segala siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh menyentuh beberapa aspek seperti: reka-bentuk, perancangan, Pembinaan (construction), scalf-folding, formwork, construction material, construction procedure, competency of workforce, technical supervision, dan traffic management/diversion plan.
14.0 Committee juga perlu menjalankan siasatan secara telus dengan mengadakan public hearing semasa siasatan tersebut dijalankan. Public Hearing adalah penting untuk membiarkan rakyat Pulau Pinang mengetahui segala-gala secara terus untuk memulihkan kepercayaan terhadap jambatan kedua.
15.0 Public Hearing penting kerana ini adalah projek di Pulau Pinang dimana kerajaan negeri telah meluluskan “Freedom of Information Act”. Kerajaan Persekutuan haruslah “masuk kampung, ikut adat” dengan mematuhi semangat “FOI”.
Sumbangan Kerajaan Negeri Kepada 2 Balu Mangsa Tragedi JPP2
Kedahkini
Pembantu Jurutera pencen.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.