`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 12, 2013

Pemuda UMNO tak berani bantah ,MIC jadi Speaker Dun Perak.

Mana pergi Perkasa dan NGO Melayu lain .Kenapa tidak membantah kerusi  Speaker  Dun Perak   diberi kepada MIC.Apa sudah jadi sama Perkasa,hanya berani berhadapan Kerajaan Pakatan.Sementara itu Pemuda UMNO pun senyap. Adakah   tidak berani bersuara kerana Pemuda UMNO sudah banyak dapat habuan?



 Pandangan Dewan Pemuda PAS Perak tentang jawatan Speaker Dun Perak. 

SPEAKER DUN PERAK: TAHNIAH MIC

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah kepada MIC Negeri Perak kerana telah memastikan kedudukan kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak masih kekal diberikan kepada mereka. Walaupun 'drama' kerusi Speaker DUN Perak yang berbaur perkauman itu telah menimbulkan konfik dan percakaran sesama sendiri antara mereka, namun akhirnya ianya mengutungkan MIC walaupun parti itu lemah di Perak. Umno tidak mampu menafikan kemahuan 'besar' MIC.


Kami secara jujur boleh meletakkan kelemahan tersebut kepada Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir walaupun dengan kedudukan Umno di dalam Barisan Nasional (BN) yang menjadi tonggak, akan tetapi Umno dilihat 'tunduk' kepada MIC. Tidak pula dilihat suara lantang Pemuda Umno Negeri Perak atau Perkasa Negeri Perak mempertikai kedudukan isu kerusi Speaker DUN. Kami ingin bertanya, siapakah yang berkuasa untuk melantik Speaker DUN Perak? Jika Datuk Seri Zambry berkuasa, siapakah yang paling layak jika bukan daripada MIC?


Kami 'bangga' dengan Kerajaan Negeri 'Melayu' Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry, namun kami mempersoalkan adakah juga Speaker DUN Perak kelak bukan MIC? Hanya Datuk Seri Zambry yang mampu menjawab persoalan tersebut dan pada 28 Jun ini nanti akan terserlah 'drama' yang menjadi bahan ketawa rakyat Negeri Perak. Sudah tentu juga seluruh dunia sedang menanti pada 28 Jun ini apa yang akan berlaku dan siapakah Speaker DUN Perak nanti.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.