`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 10, 2013

Kakitangan UniMAP dilarang sertai ‘Perhimpunan Raksaksa Blackout 505’.. Ini Memo nya...


Meskipun UMNO/BN berjaya mengekalkan kuasa mereka dengan sokongan hanya 47% rakyat Malaysia yang turut dibantu oleh Bangla, Myanmar, Indonesia dan juga Siam dari Patani.. ketakutan masih membayangi Kerajaan minoriti itu.

Selain dari bantuan dari warga asing yang diberikan MyKad itu, sumbangan untuk membolehkan mereka kekal berkuasa juga diterima oleh UMNO/BN dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sendiri..

Tidak dapat dipastikan apakah yang menyebabkan masih ada pihak IPTA dan juga IPTS melarang kakitangannya dari turut menyertai sebarang majlis anjuran Pakatan Rakyat.

Jika dikatakan kakitangan IPTS dan IPTA dilarang terlibat dengan aktiviti politik, mengapa pula dalam setiap program anjuran UMNO/BN mereka menjadi mangsa kerahan untuk hadir ke program tersebut?

Seorang sahabat telah mengirimkan memorandum yang diterimanya berkaitan dengan ‘Perhimpunan Raksaksa Blackout 505’ yang akan berlangsung di Perlis ini..

Menurut memorandum yang dikeluarkan kepada seluruh kakitangan UniMAP yang bertarikh 7 June 2013 ini seluruh kakitangan UniMAP adalah dilarang sama sekali dan ditegah dari menyertai dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti ini.

Ini adalah selaras dengan Peraturan-peraturan dan Akta-akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan.

Bagi memastikan seluruh kakitangan mematuhi larangan tersebut Ketua-ketua Jabatan/Dekan/Pengarah akan mengawasi dan memantau pergerakan Staff masing-masing…

Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas.
Kesian kat Ketua-ketua Jabatan/Dekan/Pengarah tu.. terpaksa jadi seperti Ketua Darjah pula.. tapi tak apa.. siapa yang berjaya buat laporan dengan banyak sekali dijamin naik gaji..

Itulah yang terjadi.. bila menang dengan penipuan.. bayang-bayang sendiri pun mereka takut...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.