`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 17, 2013

MANGSA SAMUN TOMBAK KINI STABIL


RAWATAN...... Mangsa dikelilingi oleh ahli keluarga yang lain sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth kelmarin.

Oleh : RUZAINI ZULKIFLI
KOTA KINABALU : “Abang sememangnya seorang yang berperwatakan baik dan setahu saya dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa,” kata Setia Adau, 57, berhubung abangnya yang menjadi mangsa kejadian samun yang begitu kejam di Kampung Susuk Sapok, Sipitang, pada Rabu lepas.

Tidak menyangka kejadian seumpama itu terjadi, Setia yang merupakan adik ketiga daripada tujuh beradik berkata, sewaktu abangnya digegaskan ke hospital dia hanya bertawakal kepada Tuhan agar menjauhkan perkara buruk berlaku.
Mangsa yang dikenali sebagai Laud Adau, 68, kini dalam keadaan stabil meskipun mengalami cedera parah akibat ditetak di bahagian leher dan tengkuknya menggunakan tombak sabit, dalam insiden kira-kira jam 11 malam itu.

“Tuhan sahaja tahu sebaik kami sekeluarga dimaklumkan bahawa abang kami ditetak ketika tidur dan syukur Alhamdullilah dia kini sudah berada dalam keadaan stabil meskipun mengalami kecederaan parah.

“Saya dimaklumkan sewaktu kejadian, dia hanya mampu memberikan isyarat berdehem sehingga ditemui oleh penduduk. Bayangkan, waktu insiden itu berlaku sekitar jam 11 malam dan dia hanya ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah kira-kira jam 8 pagi,” katanya ditemui di wad Hospital Queen Elizabeth (HQE) kelmarin.

Difahamkan, mangsa menerima beberapa jahitan pada bahagian tengkuk serta lehernya yang cedera parah dalam insiden memeranjatkan itu.

Mangsa belum pernah berumahtangga dan mendiami rumah kebun itu secara seorang diri.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Supritendan Mustapha Othman, ketika dihubungi berkata seorang suspek berusia lingkungan 20an itu berjaya ditangkap di kawasan berhampiran lokasi kejadian jam 5 petang Khamis lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan kita masih menyoal siasat motif kejadian. Buat masa kini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.