`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 27, 2013

MPS ROBOH RUMAH PENERIMA BANTUAN E-KASIH?


ROBOH....Kelihatan Unit Penguatkuasa MPS sedang melakukan kerja-kerja meroboh rumah haram.

Oleh: SHAIMON S JUMADI FOTO SAFFIE S JUMADI
ELOPURA : Sebanyak 68 buah rumah Setinggan Haram di Kampung Forest, dekat sini, 60 peratus didiami Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah diroboh oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pagi kelmarin.

Semasa kerja-kerja pengrobohan tersebut yang dilakukan oleh Unit Penguatkusa MPS dan disaksi sendiri oleh beberapa orang Pegawai Jabatan Imigeresen dan Jabatan Penerangan Malaysia untuk mengenali pasti identiti penduduk sebenar sama ada PATI atau masyarakat tempatan.
Bercakap kepada Sabahkini.Net, Ketua Pegawai Unit Penguatkuasa MPS, Kassim Selamat (gambar sisipan) menjelaskan notis perobohan rumah-rumah setinggan haram di Kampung yang dimaksudkan itu sudah hampir tiga bulan dikeluarkan, tetapi mereka tidak mengambil perhatian langsung segala arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Tambah Kassim lagi, tujuan perobohan rumah-rumah terbabit adalah untuk memberi laluan terhadap projek pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia Fasa pertama di kawasan tapak tersebut yang dijangkakerja-kerja projek tersebut akan dimulakan pada masa terdekat ini.

MANGSA...Jalihan lumpuh adalah mangsa rumah roboh.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Sabahkini.Net sempat menemuramah salah seorang penduduk yang terbabit mangsa roboh yang dikenali Zalihan Larin, kononnya berasal dari Kampung Tambisanmenjelaskan dia (Zalihan) membina rumahnya di atas tanah kerajaan itu sudah hampir dua tahun hanya meminta kebenaran melalui Pengerusi JKKK Kg Forest.

“Saya yang sasat (cacat) inda boleh berjalan. Pasrah saja kepada Tuhan dan mau pindah ke laut bikin rumah baru lagi. Heran, kami itu sokong BN/UMNO tatapi rumah kami dirubuh juga. Apa boleh buat ini undang-undang kelajaan (kerajaan),” ujarnya.

Jalihan yang lumpuh dan mempunyai 4 orang anak, sebaliknya menerima bantuan bulanan E-Kasih sebanyak RM300 daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Sandakan untuk menyara kehidupan seharian keluarganya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.