`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 14, 2013

NGO Islam tunjuk perasaan di Bukit Aman

Kira-kira 50 orang meminta polis bertindak tegas ke atas pengguna Facebook yang hina Islam.
KUALA LUMPUR: Gara-gara menghina agama Islam dalam laman sosial Facebook, sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini tadi.
Ini berikutan seorang pengguna akaun Facebook Calvin Gani didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad, seperti yang dilaporkan dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu.
Disertai kira-kira 50 penyokong daripada Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API), kumpulan terbabit berkumpul di hadapan Bukit Aman selepas solat Jumaat membawa beberapa sepanduk.
Antaranya tertulis “Tunggu apa lagi”, “Kami sokong PDRM”, dan “Jangan jadi pondan seperti Hishamuddin”.
Kumpulan tersebut turut membawa tiga replika kepala seakan Calvin Gani yang dibasahkan dengan cat merah.
Mereka dalam memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menuntut 10 perkara, antaranya bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mengkucar-kacirkan ketenteraman negara dengan isu sensitif.
`Mengemis hidup’
“Apa lagi bangsa pendatang ini mahu, selepas 50 tahun mereka mengemis hidup di tanah Melayu dan sesudah mendapat nikmat di Malaysia, bangsa ini tidak lagi hormat dan segan silu pada orang-orang Melayu.
“Azab Subuh mereka pertikaikan, pembinaan masjid mereke cuba halang, kalimah Allah mereka tuntut gunakan di dalam kitab mereka.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita mahu tunggu apa lagi, berkeraslah sikit. Kita haramkan kedai menjual arak, judi, rumah-rumah urut kerana inilah penghinaan awal mereka kepada orang-orang Melayu sebelum mereka amat berani sekarang untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad,” katanya dalam memorandum itu.
Memorandum ditandatangani bersama Presiden Permas Datuk Abdul Halim, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Datuk Roslan Dahaman serta Pengerusi API Datuk Seri Aziz Nani.
Selain itu, mereka memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya jangan mengambil kesempatan di atas toleransi kerajaan berkaitan hak kebebasan bersuara sehingga ada yang menjadikannya sebagai ‘lesen’ sehingga negara menjadi huru-hara.
“Kami juga memberi amaran keras jangan ada mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu penghinaan Islam ini sehingga menampakkan seolah-olah PDRM sebagai agen perkauman atau berpihak berat sebelah,” kata memorandum itu.
Siasat segera
Aziz berkata pihaknya telah membuat laporan polis mengenai komen Calvin dan berharap polis dapat jalankan siasatan segera.
“Kami yakin kenyataan yang amat sensitif ini seolah-olah suatu rancangan yang menimbulkan suasana tegang yang sememangnya boleh menjurus kepada konflik antara kaum,” katanya.
Sementara itu, Aziz dalam ucapannya mahu Khalid dan Timbalannya Datuk Seri Bakri Zinin tidak gentar menjalankan tanggungjawab kerana terlalu menunjukkan kebaikan sehingga membiarkan hati orang Islam terguris.
Beliau turut mendesak pemimpin, pemikir, dan ketua agama  masyarakat Cina membuat satu pendirian tegas menentang sentimen saling menghina agama lain.
“Kami menyeru supaya polis bertindak tegas kerana kesabaran kami sudah di tahap yang amat minima,” katanya.
Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Polis Bukit Aman DSP G Venu sebelum masing-masing dilihat bersurai kira-kira sejam kemudian dengan aman tanpa sebarang gangguan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.