`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 24, 2013

PANDIKAR MASIH PILIHAN TERBAIK?



Saudara Pengarang,
MENJELANG persidangan Parlimen Ke-13, Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama 24 Jun ini, yang paling menjadi tumpuan adalah pemilihan Speaker Dewan Rakyat sebelum Ahli-Ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah.

Pakatan Rakyat mencalonkan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; manakala Barisan Nasional mencalonkan penyandang jawatan itu, Tan Sri Pandikar.
Ketika ini, Barisan Nasional mempunyai 133 Ahli Parlimen, manakala Pakatan Rakyat 89.

Daripada jumlah Ahli Parlimen BN yang mencalonkan Tan Sri Pandikar, sudah pasti kemenangan akan berpihak kepada mereka, melainkan jika 23 Ahli Parlimen BN tidak mengundi Pandikar.

Melihat kepada 'kekuatan' Tan Sri Pandikar yang kebiasaannya berjaya mengawal situasi 'ketegangan' dalam persidangan Dewan Rakyat; maka pemilihan beliau masih relevan dan perkhidmatan beliau adalah amat diperlukan.

Kewibawaan dan ketegasan beliau terserlah di situ dan saya beranggapan bahawa tidak mustahil ada di kalangan MP pembangkang akan turut mengundi dan menyokong beliau.

Daripada sudut ini juga saya melihat bahawa tidak ada 'kewajaran' atau keperluan untuk menggantikan beliau. Pada realitinya, Tan Sri Pandikar merupakan tokoh yang amat berkelayakan berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini.

Jika pembangkang menuduh beliau (Pandikar) 'berat sebelah' , tuduhan itu amat tidak adil dan tidak berasas sama sekali kerana saya antara orang yang sentiasa mengikuti persidangan Dewan Rakyat. Saya melihat Pandikar adil dalam soal pembahagian 'giliran'.

Salam Hormat,

SENJA PERMAI.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.