`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 24, 2013

SEJAK BILA SAIFULLAH JADI HERO?



Saudara Pengarang,
SELAKU warga Semporna, saya merasa terpanggil untuk memberikan respon mengenai artikel bertajuk 'Penduduk Bakong-Bakong Tolak Ramli' yang diterbitkan pada 21 Jun lalu.

Sebelum berhujah dan memberikan respon, ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak mewakili mana-mana pihak. Namun saya hanya ingin memberikan ulasan secara jujur sejurus selepas membaca artikel itu.
Saya juga tidak berniat dan berminat untuk menjadi 'pengampu' seperti Naib Ketua Pemuda Cawangan Kampung Air Semporna 1 iaitu Saifullah Hisham.

Semua tahu bahawa beliau cuba datang 'melawat' ke Kampung Bakong-Bakong untuk menjadi hero yang berniat untuk 'memburukkan' ADUN Bugaya kami yang dikasihi, Datuk Ramlee Marhaban.

Dalam masa yang sama beliau (Saifullah) cuba memperdayakan Pengerusi JKKK Kampung Bakong-Bakong untuk tujuan 'populariti' beliau.

Namun saya hairan kerana dalam masa yang sama Saifullah cuba 'memuji' Datuk Seri Shafie tapi mengkritik Ramlee. Sebenarnya tidak salah kita menegur pemimpin, tapi janganlah sampai 'menang sorak, kampung tergadai'.

Saya tertanya-tanya apakah landasan sebenar perjuangan anak muda ini? Adakah untuk kepentingan rakyat atau sekadar untuk kepentingan peribadi? Mungkin juga beliau berminat untuk menjadi wakil rakyat kawasan Bugaya dalam PRU 14 nanti.

Sebagai penduduk di Semporna yang berasal dari kawasan Bugaya, saya merasakan bahawa kita perlu pandang ke hadapan. Kita harus seiring untuk mengejar kemajuan. Setahu saya Datuk Ramlee sering kerap kali ke kawasan, eloklah jika hal ini dimaklumkan kepada beliau secara baik dan bukan dengan cara 'mengampu'.

Salam Hormat,

PENGUNDI SETIA BN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.