`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 24, 2013

SPNB SABAH SEDIA BANTU PEMBELI



KOTA KINABALU : Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Sabah bersedia membantu pembeli Pangsapuri Platinum Putatan dekat sini yang ingin mendapatkan bantuannya menangi masalah caj yang tidak dijangka, yang mereka perlu lunaskan.

Seorang jurucakap SPNB Sabah berkata sesetengah pembeli itu kemungkinan tidak memahami kandungan perjanjian jualan dan belian masing-masing.
"Ini boleh ditangani mengikut kes tertentu kerana cajnya berbeza antara satu pembeli dengan satu pembeli yang lain," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini Ahad.

Pangsapuri Platinum Putatan, yang terdiri daripada lebih 1,000 unit, terletak di kawasan yang pesat membangun di kawasan perbandaran Putatan.

Projek itu dilancarkan pada 2009 dan dilaksanakan oleh Kinsadana Sdn Bhd bagi pihak SPNB.

Bernama telah menerima satu kenyataan dari sekumpulan pembeli yang tidak berpuas hati yang mendakwa mereka dikenakan caj bayaran lewat dari pemaju semasa pergi mendapatkan kunci pangsapuri masing-masing.

Para pembeli itu tidak dapat memasuki pangsapuri baharu masing-masing sehingga mereka membayar caj lewat itu serta merta, yang dikenakan berbeza antara RM2,000 hingga lebih RM6,000.

"Kami telah menerima satu surat dari Kinsadana pada akhir Mei yang menyatakan kami boleh mengambil kunci pangsapuri berkenaan kerana sijil menduduki (OC) telah dikeluarkan.

"Kami tidak menjangka sama sekali pemaju akan mengenakan tindakan yang kejam itu (caj bayaran lewat) semasa kami dijanjikan boleh mengambil kunci pangsapuri kami," kata pesara Farid Abdullah.

Menurut Farid, selepas menandatangani perjanjian jualan dan belian pada 2009 dan sesetengahnya pada Disember 2011, mereka telah mendapatkan pinjaman bank dan transaksi pembiayaan telah diuruskan antara bank, peguam dan pemaju, tanpa melalui pembeli.

Beliau percaya para pembeli pangsapuri itu tidak bersalah kerana caj lewat itu dan berharap ia akan dikecualikan. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.