PENIPUAN....Serman menjelaskan ada unsur-unsur penipuan dilakukan oleh SPR semasa PRU 13 lalu.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto: SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Enam Mantan Calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan dua daripadanya calon DUN Sungei Sibuga dan Gum-Gum telah mengemukakan Petisyen di Mahkamah Tinggi di daerah masing-masing.
Antara mantan calon Parlimen yang terlibat ialah Libaran, Kudat, Beaufort, Tawau, Kota Marudu dan Pensiangan yang memprotes Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa tidak telus dan dan timbulunsur-unsur penipuan semasa berlangsungnya PRU 13 baru-baru ini.
Bercakap kepada Sabahkini.Net, mantan calon Parlimen Libaran (PKR), Mohd Serman Bin Hassnar; sejurus selepas menyerahkan Petisyen bantahan tersebut di Mahkamah Tinggi Sandakan pagi kelmarin, antara lain menjelaskan tindakan keenam-enam calon di enam parlimen seperti yang disebutkan itu kerana timbul rasa tidak puas hati terhadap Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang didakwa bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan penipuan ketika PRU-13 berlangsung.
Yang pertama, jelas Serman, SPR telah menipu semua pengundi di negara ini kerana dakwat yang diletak di jari pengundi bukan dakwat kekal dan tidak sampaipun satu jam telah hilang sekiranya mereka membasuh tangan dengan sabun.
Ada beberapa lagi perkara songsang yang dilakukan oleh calon-calon BN yang bertanding di DUN Sungei Sibuga, Gum-Gum dan Parlimen Libaran yang akan beliau dedahkan untuk pengetahuan rakyat.
Tambah Serman, semua calon yang disebutkan itu telah menyogok para pengundi dengan wang ringgit supaya mengundi BN, bahkan ada calon yang memaksa pengundi bersumpah dengan Al-Quran ketika menerima wang.
ALBUM.. Serman bergambar dengan para penyokongnya. Turut kelihatan Sahar Saka (Bersongkok Hitam).
“Sebagai contoh, pengundi bernama Kassim dipaksa bersumpah dengan nama Allah menggunakan Al Quran bahawa andai beliau belot setelah menerima sagu hati RM200; jika tidak mengundi calon BN pada masa pembuangan undi, maka beliau akan busung atau ketulahan dimakan sumpah dan pendek umur,” jelas Serman yang akan menampilkan saksi ketika perbicaraan petisyen kelak.
Dalam hal ini kata Serman, sesiap sahaja tidak menafikan ramai sudah ahli-ahli UMNO yang meninggal dunia akibat ketulahan dan ada yang busung kerana mungkin mereka semasa menerima wang tersebut bersumpah dengan menggunakan Al-Quran yang dibalut dengan kain putih.
"Mungkin mereka terlupa, akhirnya sumpah tersebut memakan sendiri. Tetapi agak malang kerana ramai mati sia-sia kerana termakan sumpah, hanya disebabkan rasuah yang mereka terima,” tegas Serman lagi yang meminta agar calon BN yang menang memaafkan mereka yang bersumpah kerana ramai di antara mereka telah mengundi Pakatan Rakyat.
ALBUM....Gambar beramai-rama ADR Sandakan, Stephen Wong dan mantan Calon DUN DAP Elopura, George Chew.
Kata Serman lagi, sekarang ramai rakyat di negara ini sudah hilang kepercayaan kepada SPR kerana terang-terangam melakukan penipuan dan terdapat juga pengundi dibenatkan mengundi lebih daripada satu kali, apatah lagi dakwat kekal mudah luntur.
Dalam perkembangan yang berkaitan, mantan Calon DUN Elopura (DAP) iaitu George Chew juga turut mengemukakan Petisyen ke Mahkamah Tinggi Sandakan kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin.
Chew yang diiringi oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong dan ADUN Sri Tanjong, Chan Fook Hin (DAP) serta mantan calon DUN Tg Papat, Frankie Poon.
Katanya, Pengerusi SPR dan Timbalannya lebih baik meletakan jawatan kerana rakyat di negara ini sudah marah dan muak dengan perilaku Tan Sri Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad kerana tiada gunanya lagi duduk di kerusi empuk kalau rakyat sudah tidak mempercayai SPR.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.