`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 13, 2013

JKR SANDAKAN BERSIH PEMBENTUNGAN NAJIS


PENYELENGGARAAN…..Stanley Mohd Omar (Kanan) Dan Kakitangan Lain Sedang Membersihkan Manhole Di Kawasan Pusat Bandar.
SANDAKAN: Sebagai Jabatan yang dipertanggungjwabkan bagi menyelenggarakan apa sahaja kerosakan di bawah seliaan JKR, ternyata pada hari ini Unit Pembetungan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan telah melakukan kerja-kerja membersihkan sisa minyak beku di dalam manhole di kawasan bandar, kelmarin.

Kerja-kerja yang membabitkan manhole di Blok 13-Blok 14 and Blok 19-Blok 20 telah dilakukan oleh kakitangan Unit berkenaan yang baharu dilantik.
Sabahkini.Net menyaksikan sendiri seramai lapan kakitangan yang baharu dilantik yang diketuai Pekerja Awam Khas/Pembetungan JKR Sandakan, Stanley Mohd Omar, telah membersihkan tujuh buah manhole yang dipenuhi sisa minyak pejal yang beku termasuk tahi (Najis) dan sebelum ini, kerja-kerja pembersihan sebegini telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik JKR.

Menurut Stanley, kerja-kerja ini merupakan sebahagian daripada latihan, serta pendedahan asas kepada kakitangan tersebut tentang tugas-tugas rutin Unit Pembetungan JKR Sandakan. (SSJ)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.