`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 17, 2013

Sarjan Tentera Kantoi Khalwat dengan Gadis 19 Tahun

Sekadar hiasan.

[HM] Kluang: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dan teman wanitanya berusia 19 tahun hanya sempat memakai tuala apabila pintu bilik sebuah hotel bajet di Simpang Renggam diserbu pihak berkuasa, semalam.

Dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 33 tahun yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak, terkejut apabila biliknya diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang dan JAJ Batu Pahat.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang Mohd Khalil Mohd Noor berkata, ketika serbuan dilakukan, pasangan terbabit hanya bertuala manakala wanita berusia 19 tahun itu di dalam tandas.

Menurutnya, anggota dan pegawai penguat kuasa terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel bajet itu. “Ketika pintu bilik dibuka, kami menemui seorang lelaki memakai tuala, manakala pasangannya hanya berkemban dalam tandas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai hubungan sah dan menyatakan baru berkenalan.

“Pada awalnya, pelbagai alasan diberikan pasangan itu terutama lelaki terbabit kerana bimbang penahanan itu akan memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penjawat awam,” katanya.

Mohd Khalil berkata, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya kerana berada dalam keadaan berkurung di dalam bilik hotel dan melakukan perkara mencurigakan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan mereka berdua boleh di denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

“Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan. “JAJ akan terus mengadakan serbuan dan pemeriksaan bagi memastikan daerah ini bebas daripada maksiat,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi semalam, mereka bekerjasama dengan JAJ Batu Pahat bagi memastikan hotel bajet bebas maksiat.

Katanya, kerjasama itu akan dilakukan dengan lebih kerap.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.