`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 11, 2013

SUMBER kekayaan PR didedah [Saksikan buktinya...]

Rafizi: Kos petisyen pilihan raya RM1.5 juta

PETALING JAYA 10 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos untuk membiayai petisyen pilihan raya bagi 25 kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

Justeru, jamuan makan malam mengumpul dana bagi membiayai kos petisyen pilihan raya akan bermula 28 Jun ini.

“Jamuan makan malam bagi mengumpul dana itu akan bermula di Pulau Pinang diikuti Kuala Lumpur dan Johor Bahru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Kata Rafizi, kos deposit awal petisyen berjumlah RM15,000 dan RM30,000 untuk setiap petisyen yang difailkan.

Ia melibatkan 24 petisyen bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi kawasan DUN.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah:

Difailkan oleh PKR

1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS
1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP
1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis

Tambahnya, meskipun Pakatan Rakyat mendapat bantuan guaman secara pro-bono, namun kos berkenaan perlu dibayar kepada defendan sekiranya mahkamah mengenepikan petisyen atau sekiranya plaintif tewas.

“Kena dapatkan dalam sebulan. Kita (KEADILAN) juga bercakap bagi pihak lain (PAS dan DAP),” katanya.

Menurut Rafizi, petisyen tersebut telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga 12 Jun ini. ~ KD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.