`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 9, 2013

VIDEO - RAFIZI RAMLI ; AKTA DERHAKA HANYA TUNJUKKAN MALAYSIA EKSTREM....




Akta baru tidak perlu dibentuk bagi menghukum pesalah yg terbabit dgn penderhakaan kepada raja sepertimana yg dicadangkan oleh seorang bekas hakim... 

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penggubalan undang-undang utk membentuk akta baru akan memberi impak negatif kepada negara termasuk "dicop" sebagai ekstrem.

Menurutnya, Akta Hasutan 1948 telah mencukupi utk menghukum individu yg bersalah berkaitan penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong.

"Tak perlu sebab sebenarnya, Akta Hasutan bagi saya sudah ada peruntukan utk undang-undang kepada penderhaka, ia juga perlu dihapuskan sebenarnya akta tersebut.

"Tak mungkin disebabkan segelintir individu yg mempunyai fikiran yg berlainan, berbeza pendapat kita nak buat akta baru yang bagi pengaruh kepada orang asing yg akan anggap kita semakin ekstrem," katanya pada Sinar Harian ketika sesi wawancara eksklusif di sini, semalam.

Kelmarin, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.

Beliau berkata, meskipun pada masa ini sudah ada Akta Hasutan 1948 yg mengambil kira perbuatan-perbuatan seperti itu, namun ia merupakan perbuatan yang berbeza.

"Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yg terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja.

"Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menambah, tindakan perlu diambil kepada penderhaka jika ada bukti-bukti yang mencukupi dan pihak berkuasa juga perlu adil dalam melaksanakan tugas.

"Ada dua pertimbangan utk pesalah diambil tindakan, pertama dari segi undang-undang di mana apa yang ditulis ada perkiraan undang-undang, perlu ada siasatan dan sebagainya.

"Kedua, keadilan jangan berat sebelah ada banyak 'posting' di laman Facebook yg bersifat menghina, perkauman dan sebagainya, semua ini perlu dikenakan tindakan yang sama," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.