`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 9, 2013

WAJIB TONTON! VIDEO PENUH TITAH AGUNG YANG DIHINA OLEH PENYOKONG PEMBANGKANG

Apabila isu puak yang menghina Yang Di-Pertuan Agung di dalam facebook masing-masing, MiM percaya ramai di antara kita yang tidak menonton dan menghayati intipati sebenarnya titah baginda. Dek kerana itu, masih ada puak yang mempertahankan kebiadapan Melissa Gooi dan rakan-rakan beliau.

Jelas sekali, Yang Di-Pertuan Agung bertindak wajar mempertahankan sistem Perlembagaan dan Raja Berparlimen yang kita dokong selama ini. Dan di dalam perlembagaan tersebut termasuklah institusi-insitusi penting negara ini.

Malah, baginda telah menyarankan agar pihak-pihak yang tidak berpuas hati supaya menggunakan saluran-saluran yang telah disediakan mengikut lunas-lunas undang-undang dan perlembagaan.

Maksudnya, tiada salahnya titah Yang Di-Pertuan Agung itu hingga perlu dikritik dengan biadap, kurang ajar dan tiada perasaan hormat.

Di bawah adalah video titah Yang Di-Pertuan Agung yang disalah anggap oleh ramai pihak yang taksub dengan Pembangkang :


Video : Titah Yang Dipertuan Agung yang dihina oleh puak yang taksub


Malah, Baginda turut mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Baginda juga memberi nasihat supaya mereka menjalankan tugas dengan baik demi rakyat. 

Tidak ada pun baginda mengenepikan MP dan ADUN Pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.