`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 4, 2013

Kroni UMNO masih ditatang...dan penjilat2nya kata Rozali layak dapat RM33.4 juta...

Rozali layak terima ganjaran RM33.4j...

Sekumpulan pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) hari ini mempertahankan keputusan untuk memberi pakej ganjaran sehingga RM33.4 juta kepada pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail.

Pengerusi Kumpulan Pengawas Saham Minoriti Puncak Niaga Muhammad Imran Abdullah mereka meluluskan cadangan tersebut, yang dibentangkan di mesyuarat agung tahunan PNHB.

"Anda mesti faham, ini adalah orang yang mengasaskan syarikat ini 20 tahun lalu. Atas sekali sumbangannya, para pemegang saham bersetuju dengan bayaran ini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, beliau secara peribadi berpendapat Rozali berhak menerima imbuhan tersebut dan mendakwa golongan yang membangkitkan isu berkenaan bukan terdiri dari golongan pemegang saham kepada syarikat pemegang konsesi air itu.

Ditanya lanjut mengenai perkara itu, Muhammad Imran berkata beliau dan pemegang saham terababit lebih prihatin mengenai dividen dan pulangan mereka, dan menambah usul mengenai ganjaran tersebut telahpun diputuskan.

Isu ganjaran berkenaan dipersoalkan oleh MP Klang Charles Santiago yang menyifatkannya sebagai keputusan “tidak beretika dan tidak bertanggungjawab” memandangkan air adalah untuk kegunaan awam.-malaysiakini


 Rozali deserves RM33.4 million payment


Kenapa bayar RM33.4 juta Pengerusi Syabas, Rozali Ismail...

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago menyifatkan imbuhan bernilai RM33.4 juta diperoleh Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, selain itu Rozali turut menerima ganjaran berjumlah RM20 juta sebagai Pengerusi Puncak Niaga untuk 2012.

Rozali memegang jawatan sebagai Pengerusi SYABAS dan pemegang majoriti saham dalam Puncak Niaga.

“Walaupun ia adalah hak Puncak Niaga untuk membayar apa sahaja yang ia mahukan, imbuhan yang berlebihan itu tidak bererti keputusan itu beretika dan bertanggungjawab memandangkan air adalah hak milik awam,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam, mengkritik prestasi SYABAS di bawah pengurusan Rozali.

Katanya, dalam keadaan Selangor menghadapi krisis air, ganjaran RM20 juta sepatutnya digunakan untuk mengatasi masalah air, tapi sebaliknya pula dilakukan.


Kata Charles, gaji Rozali turut meningkat daripada RM14 juta pada 2009, RM8.35 juta pada 2011, dan RM33.4 juta pada 2012.

“Mengapa dia diberi ganjaran untuk ketidakcekapan dan pengurusan yang lemah? Ini menimbulkan kebimbangan serius mengenai merit ganjaran padanya,” soalnya.

Tambah Charles, ini membuktikan wujudnya konflik kepentingan dan tadbir urus korporat yang lemah dalam Puncak Niaga.

Beliau berkata, Rozali adalah bekas Bendahari UMNO Selangor, dan beberapa ahli jawatankuasa imbuhan Puncak Niaga terdiri daripada ahli dan bekas orang kanan Barisan Nasional (BN) Selangor.

“Ini jelas contoh bagaimana kroni politik digunakan untuk membawa pulang ganjaran atau
dalam kes ini, disebut bayaran ganjaran.


“Pada saat orang ramai mempersoalkan peranan dan tanggungjawab beliau, Puncak Niaga dan Rozali terus beroperasi dengan tidak takut langsung pada akauntabiliti,” katanya. -Roketkini.com



Is RM33.4mil payout a golden handshake...

Right-thinking Malaysians are completely outraged by the shocking RM33.4 million remuneration package for the executive chairperson of Puncak Niaga Holdings Bhd and its subsidiary, Syarikat Bekalan Air Selanagor, Rozali Ismail.

Malaysians are outraged because Rozali's companies have been awarded monopolistic concessions by the BN government to operate water treatment plants and to distribute water in the state of Selangor.

Water is an essential basic utility for every single Malaysian and we are completely flabbergasted that these concessions have been abused to outrageously enrich inidividuals who are cronies of the BN regime.

As a comparison, the remuneration package of the chief executive officer of Tenaga Nasional Bhd (TNB), the country's biggest utility is only RM7 million. 


NONEFor the financial year 2012, TNB recorded a revenue of RM35.85 billion compared to only RM2.5 billion of Puncak Niaga Holdings Bhd.

What makes the RM33.4 million award to Rozali (left) is the fact that Puncak Niaga is heavily laden with billions of ringgit of debt, and had to be bailed out by the government repeatedly in the last few years.

Because Puncak Niaga and Syabas was unable to repay their RM1.3 billion and RM2.9 billion debts respectively these debts were "taken over" by the federal government in 2011 to prevent these companies from defaulting. 


Based on the 2012 Puncak Niaga financial statement, the group has RM937 million in near-term loans and borrowings, and RM4,719 million in non-current loans and borrowings.

What is more, Puncak Niaga carries in its books a RM304 million debt to the government due to soft loans given the its group of companies to carry out its concession obligations in the state of Selangor.

This does not include the fact that the federal government has also provided grants amounting to RM726 million to Syabas, including the latest RM120 million granted in January this year.


Excessive remuneration package

For the Selangor residents, the excessive remuneration package for Rozali is rubbing salt on the people's wounds as Syabas has failed to consistently provide quality water supply and services to its consumers particularly over the past two years. 

Syabas has admitted that it has received a staggering 4,186 complaint calls daily since the start of the year as a result of constant water disruption, usually relating to poor pipe and reservoir maintenance.

We would like to question the company and the federal government if this RM33.4 million payout is a pre-emptive "golden handshake" payment to the executive chairman of Puncak Niaga in anticipation of the impending Selangor state government's takeover of water concessionaires in the state.

Since the last general election where the people of Selangor voted overwhelmingly in favour of Pakatan despite BN using "water" as its key campaign message, it appears that the federal government may concede to the wishes of the people to return to water management rights to the state government.

khalid ibrahim interview 190513 01
The Selangor Menteri Besar, Khalid Ibrahim (right), has announced in the Selangor State Assembly earlier this week that he has received a letter from the Prime Minister Najib Abdul Razak that the latter has finally agreed for the state to take over water concessionaires, although details are still lacking at this point of time.

We call upon Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) to investigate this payout immediately and take all necessary actions to protect the interest of Malaysians.

In fact, the Energy, Green Technology and Water Ministry must immediately stop all extraordinary and non-operational payouts in the water concessionaires pending the restructuring exercise, particularly if these companies still owe billions of ringgit to the federal government.

At the same time, the Selangor state government must deduct all inapppropriate and "unapproved" expenses, such as this RM33.4 million "durian runtuh" for Rozali by these concessionaires from the proposed acquisition cost of these companies.

Cronies of BN must not profit unfairly beyond what they have already earned to date, at the expense of the rakyat, especially under Pakatan Rakyat's watch.-Tony Pua,Malaysiakini






cheers.

3 comments:

  1. Puncak Niaga beri ganjaran RM33.4 juta kepada TS Rozali adalah soal kematangan bisnes. Ia bukan saja berniaga air terawat (treated water), malahan terbabit dalam perniagaan Oil and Gas dan pelaburan di luar negara. Untung rugi syarikat diukur oleh golongan profesional, bukannya dari kenyataan "cut and paste' dan anggaran DAP dan PKR Selangor mengenai status kewangan Puncak Niaga yang berada dalam barisan `public listed company', bukannya syarikat timbang kati sebagaimana dakwaan DAP dan PKR Selangor. Harap maklum semua.

    ReplyDelete
  2. Alahai. Taukeh Cina terima ganjaran berjuta-juta ringgit, gaji berjuta-juta setahun walaupun syarikat rugi, tak ada sapa bising. Bila seorang tokoh Melayu terima ganjaran RM33.4 juta, semua kecoh, paling kecoh ialah bangsa Cina. Masing-masing pakai alasan `cut and paste', andaian, spekulasi dan apa saja asalkan semua orang benci korporat Melayu. Bangsa Cina juga menghasut orang Melayu supaya membenci bangsa sendiri. Orang Melayu pulak mudah melatah dengan kenyataan dangkal dari Tony Pua dan Charles Santiago, kononnya kenyataan mereka itu adalah fakta, bukannya temberang politik. Akhirnya bangsa Melayu termakan racun DAP dan PKR. Saya percaya kenyataan saya ini bakal dicaci maki oleh bangsa Melayu sendiri atau setidak-tidaknya dituduh pengampu UMNO atau Tan Sri Rozali. Saya tak kisah dengan cemuhan itu. Cuma saya ingin berpesan kepada bangsa Melayu agar jangan salah benci kerana penghujungnya anak cucu anda akan menderita. Lihat saja apa yang sudah berlaku di Singapura. Anda boleh guna apa saja hujah untuk mematahkan kenyataan saya ini, tetapi penyudahnya siapa yang akan rugi nanti... anak cucu saya bukankah anak cucu anda juga? kita akan tutup mata dalam sekelip mata, tetapi anak cucu Melayu akan menerima kesan dari sikap kebencian anda yang meluap-luap itu. Ingatlah bahawa bangsa Cina tidak suka memperbesarkan malasah tetapi suka selesaikan masalah. Malangnya bangsa Melayu lebih suka menghebahkan masalah ke serata dunia sambil menuding jari ke sana dan ke sini, tetapi mereka sendiri tidak mahu berganding bahu menyelesaikannya. Sebab itu bangsa Cina kaya raya, dan bangsa Melayu papa kedana. Salah sendiri. Untuk itu jangan mudah melatah jika Tony Pua menjentik perasaan anda mengenai isu Puncak Niaga dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Tony Pua dan Charles Santiago bercerita soal duit RM33.4 juta dan bagaimana deritanya rakyat Selangor ketika menghadapi krisis bekalan air bersih. Sebelum pergi merepek meraban soal Syabas dan Puncak Niaga, eloklah Tony Pua dan Charles Santiago tanya diri sendiri, sejak 2008, berapa kalikah agaknya mereka membantu orang ramai mengagih air bersih di Selangor. Berapa kalilah mereka berdua pernah dilihat memanjat tangga flet dengan membawa tong air untuk di hantar ke rumah nenek tua yang tidak berdaya?. Kalau mereka pergi melawat tapi tak pernah tolong angkat air kepada penduduk yang memerlukan, berhentilah daripada bercakap mengenai isu air Syabas dan Puncak Niaga. Setidak-tidaknya Tan Sri Rozali dan seluruh pemimpin Syabas tidak pernah mengabaikan tugas membekal, mengagih, mengangkut air sampai ke pintu rumah. Mungkin Tony Pua dan Santiago boleh berkata"kami wakil rakyat, tugas kami dedahkan kepincangan musuh politik kami", lalu mereka berdua dan seluruh kerabat DAP dan PKR dan PAS di Selangor sememangnya tidak berminat membantu orang ramai mengangkut air ke pintu rumah, tetapi hanya mahu membuat komplen itu dan ini. Kalau pemimpin lama (BN) dikatakan pincang, pimpinan baru (PKR, DAP, PAS) nampaknya lebih tempang dari pincang. Berhentilah mencaci maki,turunlah ke padang dan bantu angkut air bersih ke setiap rumah yang memerlukan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.