`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 4, 2013

PANAS! MENTERI KITOL KBS TENGAH FARAIDKAN JAWATAN UNTUK KAWAN-KAWAN! TAKKAN PM @najib_razak NAK TENGOK JE KOT?

Ramai kalangan pegawai-pegawai PTD di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mula berbisik sesama sendiri mengenai tingkah laku Menteri baru di kementerian berkenaan. Ramai juga yang mula tutup buku peraturan dan sebagainya, sebab banyak keputusan dilakukan mengikut kepala YB Menteri.

Betul, Menteri ada kuasa.

Betul, Menteri belajar tinggi.

Betul, Menteri ada pengalaman sebagai Pegawai Khas TPM.

Betul, Menteri pandai bercakap.

Tapi tak semuanya YB Menteri tahu. Sekarang ini, di KBS dikatakan sedang berlaku agenda FARAID JAWATAN di kalangan kawan-kawan. Pemegang amanah kepada sistem FARAID ini adalah tidak lain dan tidak bukan, Megat Firdouz Megat Junid Megat Ayub. Dialah pemegang kuasa khas, untuk bertindak bagi pihak Menteri.

Di dalam tangan Megat Firdouz Megat Junid Megat Ayub, diletakkan senarai-senarai jawatan yang boleh difaraidkan di kalangan kawan-kawan.

Dimaklumkan oleh Pegawai PTD (agak kanan di KBS), ada dua list Pejabat Menteri.

1) List Pertama – Wajib dicarikan jawatan dengan apa sahaja cara sekalipun.

2) List Kedua – Jawatan bodoh-bodoh pun cukup.

Sebab itu, blog ini tidak ada kehairanan langsung apabila kalangan rakan blogger yang marah-marah dengan keputusan membatalkan ucapan Tun Mahathir bersama orang muda.

Arahan Menteri. Bila ditanya, tidak takut dengan respons Tun? Jawapan yang diberi.

INI KHAIRY LAH!

Pegawai-pegawai kanan PTD pun risau, kerana dalam masa terdekat, KBS akan membentangkan satu kertas kabinet khas, LARANGAN BADAN-BADAN SUKAN DITERAJUI OLEH AHLI POLITIK DAN KERABAT DI RAJA. Kertas itu memang di atas permintaan YB Menteri. Bila ditegur oleh beberapa orang kanan KBS. Jawapan yang diberi.

INI KHAIRY LAH!

Kepada YB Menteri KBS, kakitangan di KBS semuanya FOOLS dan HIGHLY CORRUPTED. Yang bersih, hanya Pejabat Menteri.

Kakitangan KBS juga resah, kerana pembahagian jawatan mengikut sistem FARAID juga akan berlaku di banyak agensi KBS.

Paling awal terkena tempias.

Perbadanan Stadium Malaysia. Lantikan baru:-

- Dato’ Rozabil Ben Al-Perlisi

- Dato’ Rizalman Mokhtar (Ketua Pemuda Wilayah)

- Encik Ruben Emir Ghanalingam (share partner YB Menteri)

- Encik Jason Jonathan LO (Jason Lo, kenai dak?)

http://www.stadium.gov.my/index.php/my/mengenai-kami/kumpulan-pengurusan

Bila beri jawatan kepada orang yang ganas. Inilah jadinya.

Pening kepala pegawai-pegawai kerajaan di KBS. Pening. Ini lebih ganas daripada PEMANDU beb.

Sekarang Megat Firdouz Megat Junid Megat Ayub sedang teliti ratusan lagi jawatan yang nak difaraidkan kepada penyokong tegar.

Jangan berebut. Tunggu. Pegawai PTD di KBS sedang tunggu wahyu Pejabat Menteri.

Sumber: Gelagat Anwar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.