Khidmat luar untuk membaiki lokomotif tidak perlu kerana ia kerja seharian jurutera KTMB, kata presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan Razak.
PETALING JAYA: Ketua Kesatuan Pekerja Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) Abdul Razak Md Hassan mendakwa bahawa keengganan KTMB untuk mendapatkan alat ganti dan sekaligus memberi kesan kepada kebolehsediaan keretapi mewujudkan persoalan sama ada terdapat konspirasi melibatkan KTMB, kerajaan dan syarikat luar.
“Pihak kesatuan juga beranggapan seolah-olah wujud strategi perancangan yang disengajakan oleh pengurusan yang enggan membekalkan alat ganti dengan tujuan melemahkan kebolehsediaan untuk memberi ruang kepada pihak luar mengambil alih kontrak pembaikpulihan,” kata Razak.
Ekoran perkembangan ini KPPKTMB akan membantah sebarang usaha mendapatkan khidmat luar dan akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan usaha ini.
KTMB bercadang untuk memberikan kontrak membaik pulih lokomotif keretapi kelas 23, 24 dan 25 kepada syarikat luar menerusi satu pelan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas).
Ukas ialah sebuah unit bawah Jabatan Perdana Menteri.
Ini kerana usaha membaik pulih lokomotif tersebut ialah kerja seharian jurutera – jurutera KTM, kata ketua KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan dalam satu kenyataan media hari ini.
“Jurutera dan pekerja pembaikpulihan KTMB mempunyai kemahiran tinggi dan pengalaman luas dalam bidang ini Pengalaman dan kemahiran mereka tidak boleh persiakan,” tambahnya.
Beliau turut mendakwa bahawa kebolehsediaan lokomotif terjejas akibat kelemahan perancangan pihak pengurusan KTMB.
“Penurunan dalam kebolehsediaan lokomotif yang jatuh teruk hingga 35% berpunca dari kegagalan pengurusan di bawah kepimipinan presiden Datuk Elias Kadir yang gagal menyediakan alat ganti untuk membaikpulih semua lokomotif,” kata Razak.
Ini mengakibatkan bilangan keretapi yang digunakan untuk operasi seharian terjejas dan sekaligus mengakibatkan kerugian kepada KTMB, jelasnya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.