`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 25, 2013

PANAS! KENAPA PERWAKILAN UMNO MESTI PILIH MUKHRIZ MAHATHIR? BACA DAN FAHAMKAN

Aku tertarik dengan artikel yang dibuat oleh Gelombang Wangsa Maju mengenai Mukhriz Mahathir KLIK SINI.

Kenapa kita perlu sokong Mukhriz Mahathir? Sebabnya mudah saja, kita perlu remajakan UMNO semula dna Mukhriz boleh mewakili suara akar umbi dalam UMNO. Malah boleh dikatakan keputusan untuk beliau bertanding ni pun kerana desakan akar umbi. Sudha tiba masanya UMNO perlu direjuvenasi.

Aku nak kongsi sikit dengan korang petikan GWM kat bawah ni:

Suka atau tidak, UMNO sebenarnya masih ketinggalan dari segi barisan pelapis muda bagi peringkat kepimpinan tertinggi jika dibandingkan dengan parti pembangkang. Cukuplah sekadar menyebut nama-nama pemimpin pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub yang puratanya dibawah lingkungan usia 50 tahun.

Memang benar, perlu ada keseimbangan golongan muda dan golongan tua dalam UMNO. Namun, tidak terjentikkah telinga dan hati 146,500 KINGMAKER UMNO ini melihatkan barisan pelapis muda dalam parti pembangkang. Puak-puak ini diangkat sebagai Pengarah Strategi, Pengarah Komunikasi untuk parti dalam linkungan usia yang cukup muda. 

UMNO ? Question mark tu bang ... 

Barangkali, dari satu sudut keperluan mengapa Mukhriz perlu diberi ruang dan peluang adalah kerana kemampuan beliau menerajui UMNO dan BN untuk menawan kembali Kedah dari tangan PASPRU12 [ Parlimen - 4, DUN - 14 ], PRU13 [ Parlimen - 10, DUN - 21 ]. BN berjaya mengekalkan kemenangan PRU 12 di 14 kerusi DUN di samping berjaya merampas 7 kerusi yang sebelum ini milik PAS, seterusnya merampas Kedah kembali. Fact is fact, fakta adalah fakta.

Ini adalah trek rekod yang perlu dilihat dan dinilai oleh 146,500 KINGMAKER UMNO. Jika Mukhriz [ jika ditakdirkan ] terpilih sebagai Naib Presiden UMNO, kita yakin beliau tidak akan lokek untuk memberi pandangan, berkongsi idea dan strategi terbaik untuk merampas kembali Selangor dan Kelantan dari tangan pembangkang. Jika ingin menilai dari segi calon yang boleh BEKERJA danEFEKTIF, jawapannya sudah tersedia. 

Kita juga yakin bahawa Mukhriz boleh menjadi pemimpin yang sayangkan parti dan berani memperjuangkan hak orang Melayu. Tidak semudah untuk bersikap apologetik apabila melibatkan hak orang Melayu. Jika tidak sayangkan parti dan orang Melayu, mana mungkin beliau terpaksa menegur dengan cara berhemah kepimpinan Pak Lah agar mengundurkan diri demi UMNO dan orang Melayu. Rasanya tidak perlulah mengulas begitu panjang insiden keputusan teruk PRU-12 yang hampir-hampir meranapkan UMNO ... 

Ada juga suara akar umbi yang agak skeptikal dengan Mukhriz Mahathir "Apa jasa dia pada UMNO selama ini, layakkah beliau diangkat sebagai Naib Presiden"? 


PEMIMPIN BERJIWA BESAR AKAN SENTIASA MEMPUNYAI SIKAP POSITIF

Soal jasa seseorang pemimpin terhadap parti sebenarnya cukup subjektif.Ukuran dan had bagaimana yang menentukan seorang pemimpin itu telah berjasa kepada UMNO payah untuk diberi 'benchmark'. 10 tahun ? 20 tahun ? 30 tahun ? Tun Dr Mahathir pun terpaksa mengambil masa lebih daripada 30 tahun untuk dilihat telah berjasa kepada UMNO. Begitu juga dengan Dato Seri Najib yang masih dalam lingkungan dua penggal menjadi Presiden UMNO, apakahDato Seri Najib tidak mempunyai jasa terhadap parti selama ini ? 

'Benchmark' yang bagaimana untuk dilihat sebagai sudah berjasa kepada UMNO ? Mukhriz Mahathir pun baharu bergiat aktif dalam politik lebih kurang dalam 10 hingga 12 tahun. Itu pun DIHALANG oleh Tun Dr Mahathir untuk tidak bergiat aktif dalam politik sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri agar tidak berlaku 'conflict of interest'. 

Merampas Kedah dari tangan pembangkang sudah boleh dianggap sebagai jasa beliau sedikit sebanyak terhadap parti [ walaupun bukan beliau seorang sahaja yang melakukannya tanpa bantuan akar umbi ].

Apa yang penting adalah 146,500 KINGMAKER UMNO ini tidak boleh terpengaruh dengan apa jua bentuk TAWARAN, JANJI dan IKRAR semata-mata.Pilihlah calon yang benar-benar BOLEH BEKERJA dan EFEKTIF kalau mahu UMNO TERUS HIDUP. Jangan bercakap soal PEREMAJAAN UMNO kalau 146,500 KINGMAKER UMNO ini masih mengidap SINDROM TIPIKAL UMNO. 

Perlu diingat, UMNO memerlukan sokongan kritikal dari kumpulanPROFESIONAL MUDA berusia 40 tahun ke atas dan golongan ATAS PAGAR.Golongan inilah yang akan menjadi "PENENTU KUASA HAYAT POLITIK UMNO"pada masa hadapan.

Nasihat aku kepada 146,500 pemilih adalah mudah saja, pilihlah Mukhriz untuk masa depan UMNO yang lebih cemerlang. Kita perlukan pemimpin bersih dan boleh buat kerja. Ketika ini Mukhriz dapat menjaga negeri Kedah dengan begitu baik sekali dan aku percaya Mukhriz boleh bawak suara Melayu Islam.

Jom kita pastikan Mukhriz Mahathir menjadi Naib Presiden UMNO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.