`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, September 25, 2013

Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.


Siapa Bumiputera yang UMNO maksudkan? Bumiputera itu maksudnya Melayu. Melayu didahulukan dari Bumiputera bukan Melayu. Melayu UMNO didahulukan dari Melayu bukan UMNO. Maka nya, bila UMNO bercakap mengenai Bumiputera dan Melayu- tidak semesti yang dimaksudkan itu, Melayu kebiasaan. Seperti yang saya katakan banyak kali, 4 juta lebih Melayu kali ini tidak menyokong UMNO secara keseluruhan nya. 

Apa boleh kita buat- ini standard pemikiran pemimpin UMNO. kenalah kita terima sehingga kelompok berminda seperti ini disingkirkan. 

Beberapa minggu sudah berlalu semenjak Najib berucap mengistiharkan Plan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Ianya memberi peluang kita meneliti Plan tersebut dengan lebih teliti dan rapi. Ada beberapa unsur yang baik dalam Plan tersebut. Sayang sekali, saya percaya, Plan tersebut akan mengalami nasib yang sama dengan DEB-1. Plan ini suatu rethorik politik. Ia dimunculkan dengan tergesa gesa untuk Najib buat pengistiharan.

Apa punca utama ianya akan gagal? Sebab prinsip asas nya tidak betul. Prinsip nya ialah habuan/hadiah kehidupan tidak akan datang melalui penggubalan undang2 dan peruntukan dibawah undang2. The Reward System cannot be legislated or arranged by setting out laws and regulations. Mengayakan orang Melayu mesti dilakukan dengan meletakkan sumber2 pengkayaan secara lansung dalam tangan mereka yang mahu dikayakan.The Reward System must be based on qualifications- those not academically inclined qualify to get rewards by sheer hard work and diligence; those who are academically and technically competent are rewarded in accordance to their marketed talent.

Siapa yang perlu dikayakan sekarang ini juga? Yang perlu dikayakan ialah 40% rakyat Malaysia yang hidup dengan pendapatan bulanan kurang dari RM1500 sebulan. Yang memerlukan kedai ialah para pewarung yang berniaga dimerata tempat. Mereka hanya mampu bayar mungkin RM500-1000 sebulan. Yang memerlukan latihan dan latihan semula ialah lepasan tingaktan 5 yang tidak ada kelayakan akademik yang tinggi. Mereka akan berada pada kedudukan mengayakan diri 2-4 tahun yang akan datang jika ekonomi ketika itu boleh menyerap mereka kedalam pertumbuhan ekonomi. 2-4 tahun sedangkan 10 juta orang Melayu memerlukan pengkayaan sekarang!

Saya bukan bercakap mengenai mereka yang kurang upaya, warga emas, golongan kekurangan serba serbi yang memerlukan bantuan kebajikan sosial. Mereka ini semua mesti terus dibantu. Itu sebabnya kita ada system jaringan keselamatan sosial.

Kelompok yang saya maksudkan ialah kelompok yang able bodied yang mahu berkerja dan berusaha , mahu melayakkan diri untuk mendapatkan habuan hidup, mahu berdikari tapi tidak ada sumber pengkayaan. Mereka tidak ada perumahan, tanah, alatan kelengkapan dan modal kewangan. Berikan merka perkara2  ini semua secara langsung, maka kerajaan tidak memerlukan suatu Plan yang penceritaan dan pencanangannya  hebat, tapi perlaksanaan nya lemah .

Plan Mengayakan Melayu dan Pemilihan UMNO.

Sekarang ini, apa sahaja kenyataan2 oleh pemimpin UMNO, kita kena lihat dalam konteks pemilihan UMNO. Semua yang mahu bertanding akan menunjukan mereka lebih Melayu dari Melayu lain. Maksud saya sesama Melayu UMNO.

3 orang penyandang bermuafakat dan menyatakan mereka perlu dipilih semula untuk mendukong dan mengembangkan wawasan Najib. Mereka lah yang lebih layak dan ada kerasian meneruskan wawasan Najib.

Apa dia wawasan Najib? Yang terbaru ialah Plan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Tidak ada plan lain yang meminatkan Melayu UMNO daripada suatu Plan yang mengayakan mereka.

Kita kena faham bahawa dalam UMNO, perjuangan pemimpin nya bukan lah kerana suatu idealisme atau ideoloji. UMNO tidak ada ideoloji. Perjuangan dalam UMNO ialah perlumbaan mendapat kuasa dan kedudukan. Sebab dari kuasa dan kedudukan, yang dipilih akan dapat memberi naungan dan habuan kepada penyokong. Mukhriz Mahathir misalnya- berkata bahawa kerajaan negeri nya tidak akan bantu sekolah Cina sebab Cina menolak MCA. Dia mahu berlaku adil, tapi dia mesti tolong orang yang sokong nya dahulu- kalau ada lebih, baru tolong orang lain. Inilah dia dia quotient kenegarawanan yang ada dalam diri Mukhriz.

Jadi kita tengok, semua orang berlumba2 menunjukkan mereka lebih Melayu dari Melayu lain. Isa Samad, Ali Rustam semua menunjukkan keMelayuan mereka semua.

Kerana itu, bila orang Melayu bila dengar omongan Najib tentu gembira. Sukahati kerana Najib buat banyak langkah untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu. Inilah peluang mengayakan diri dan memaksa perlaksanaan, pemberian lesen, monopoli dan keistimewaan lain atas nama mendepankan kepentingan ekonomi bangsa Melayu.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.