`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 16, 2013

Tindakan SESB sebabkan harta benda penduduk rosak

Walaupun ia sudah diadukan kepada SESB tetapi tiada sebarang tindakan
oleh Shaimon S Jumadi
SANDAKAN: Ekoran tindakan pihak Syarikat Electricity Sdn Bhd (SESB) yang memutuskan bekalan elektrik tidak menentu sekejap on sekejab off telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda milik penduduk Flat International seperti TV, peti sejuk, kipas angin dan lain-lain lagi.
Walaupun perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak SESB tetapi tiada sebarang tindakan diambil sehingga sekarang ini namun beberapa orang penduduk yang rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak SESB telah membuat laporan polis.
Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan, Amsi Liew  telah menemui beberapa orang penduduk yang menjadi mangsa keadaan telah mendakwa punca kerosakan harta benda seperti yang dinyatakan itu adalah daripada tindakan pihak SESB yang memutuskan bekalan elektrik tidak menentu dalam sehari .
“Tindakan pihak SESB berbuat demikian tanpa ada rasa peri kemanusian terhadap penduduk Flat International boleh membunuh seramai 250 keluarga penghuni di sini sekiranya berlakunya kebakaran disebabkan oleh litar pintas” dakwa seorang penduduk yang hanya dikenali Minah.
Bercakap kepada wakil FMT Liew akan membantu untuk menyelesaikan masalah ini dan akan menemui pihak pengrusan SESB pada masa terdekat ini sambil membawa salinan laporan polis sebagai bahan bukti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.