Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz.............
Suatu malam, beliau berjalan seorang diri di Madinah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Dengan izin Allah, beliau terjumpa sebuah rumah yang masih terang.
Kelihatan di dalamnya terdapat seorang ibu sedang merebus sesuatu. Manakala ada diantara anak2nya sedang tunggu makanan dimasak dan ada yang sudah tertidur.
Rupanya sang ibu sedang merebus batu untuk mengaburi anak-2nya yang sedang lapar supaya tertidur kerana mereka telah habis bekalan makanan.
Umar bertanya, Kenapa Ibu tak berjumpa Khalifah Umar akan hal ini? Umar tidak tahu ini.."
Sang Ibu menjawab,tanpa mengetahui bahawa pemuda itu adalah Umar, "Ia sepatutnya tugas Umar sebagai khalifah yang dilantik untuk mencari orang miskin, bukan kami yang pergi mencari dia. kamu lebih layak menjadi khalifah memandangkan kamu lebih mengambil berat permasalahan kami."
Umar kembali semula ke rumah dan memikul sendiri gandum ke rumah sang ibu itu. Dan memasaknya dengan dapur kayu sehingga terbakar janggutnya. Selepas itu Umar meminta sang ibu datang mencari Khalifah Umar esok pagi di masjid.
Esoknya, bertapa terkejutnya sang ibu apabila berjumpa khalifah Umar. Rupanya beliau adalah pemuda yang datang ke rumahnya malam tadi melalui pengecaman janggut Umar yang terbakar sedikit.
Tetapi akhirnya, bukanlah si ibu yang meminta maaf kepada Umar kerana memakinya depan-2. Tetapi dengan bersungguh-2, Umar meminta maaf dari si ibu agar tidak membawa kes itu ke muka pengadilan Allah di akhirat kelak.
Begitulah hebatnya jiwa pemimpin yang bertaqwa.
tetapi hari ini, di malaysia yang kaya dengan nikmat Allah berikan, orang miskin diherdik kerana malas berusaha, dalam masa yang sama, bantuan sepatutnya diberi, dipayahkan urusannya dan pemimpin lahap makan duit rakyat tanpa rasa bersalah.
Inilah akibat dari perbuatan kita sendiri yang mengangkat orang yang zalim sebagai pemimpin. Rasakan nikmatnya sama-2
-konan-
(kredit kpd yg sudi berkongsi)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.