`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Tuesday, October 8, 2013

Ahli UMNO tak bayaq hutang tekun boleh tengok saja, budak belajaq guna PTPTN ligan sampai cerok dapoq

PKR dakwa ahli Umno hutang Tekun RM1 bilion
OLEH MD IZWAN

PKR hari ini mendakwa ahli Umno yang meminjam daripada Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) masih gagal menjelaskan hutang sebanyai RM1 bilion, susulan daripada pengakuan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan, semalam bahawa pinjaman tersebut hanya untuk ahli Umno.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata sejak Tekun ditubuhkan pada 1998, dana sebanyak RM2.42 bilion diberikan kepada 237,173 usahawan dan daripada jumlah tersebut RM1.6 bilion adalah dana daripada kerajaan pusat.

"Sejak ditubuhkan pada 1998 hingga awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.

"Jika ia dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut, bermakna hampir 40.9 peratus jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion," katanya merujuk kepada laporan yang diperolehnya melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Februari 2013 lalu.

Fahmi berkata, secara puratanya sebanyak RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli Umno melalui dana kerajaan pusat tidak lagi dibayar balik.

Katanya, pemberian pinjaman Tekun membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal memainkan peranannya untuk membantu golongan berpendapatan rendah kerana pada masa sama masih terpaksa memperkenalkan pelbagai bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah 3.74 juta orang manakala 3.99 juta orang menerima BR1M pada 2013.

"Maka persoalannya adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa," katanya.

Fahmi turut mendesak supaya Tekun membuka kaunter kutipan hutang pada pemilihan Umno 19 Oktober ini bagi mengutip semula wang rakyat yang diberikan kepada ahlinya.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rahim berkata, Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno, malahan menegaskan mereka berhak mengambil pendirian sedemikian kerana penubuhan agensi tersebut datang daripada parti Melayu itu.

"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami mempunyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti," katanya semalam.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan pemerkasaan ekonomi Bumiputera dengan memperkenalkan lima langkah bagi memperkasa kumpulan tersebut memandangkan pegangan ekuiti korporat masih belum mencapai tahap 30 peratus sasaran dan golongan itu kini masih dalam tempoh transformasi sejak empat dekad lalu.

Bagaimanapun, pengkritik melihat pelan baru Najib itu bukan untuk membantu golongan Bumiputera sebaliknya lebih digunakan untuk membantu kroni mereka dalam Umno.

Dalam pada itu, agenda itu juga dilihat sebagai kesinambungan kegagalan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1971 kerana dikaitkan dengan masalah rasuah yang melebar. 

2 comments:

  1. SYARIKAT PINJAMAN GLORIA S
    Adakah anda sedang mencari pinjaman? Kami menawarkan pinjaman yang dirancang untuk memenuhi keperluan kewangan dan peribadi anda Pinjaman perniagaan dengan skim kelulusan pinjaman cepat. Kami meminjam wang untuk mereka yang memerlukan bantuan kewangan, kami memberikan kredit kepada orang yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan ini. Anda tidak perlu bimbang, kerana anda berada di tempat yang betul, GLORIA S LOAN COMPANY menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, jadi jika anda memerlukan pinjaman, saya ingin anda menghubungi GLORIA S LOAN COMPANYc gloriasloancompany @ gmail .com / Number Whatpp: + 1 (267) 527-9742
    PERMOHONAN MAKLUMAT KREDIT YANG DIPERLUKAN:
    1) Nama penuh: ............
    2) Jantina: .................
    3) Umur: ........................
    4) Negara: .................
    5) Nombor Telefon: ........
    6) Kerja: ..............
    7) Pendapatan: ......
    8) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....
    9) Tempoh pinjaman: ...............
    10) Alasan pinjaman: ...........
    11) Adakah anda memohon dan telah ditolak? Kalau begitu........

    Kami akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menentukan apa yang anda selesaikan untuk membayar balik dengan mengambil kira keadaan kewangan Peribadi semasa anda dan kemudian menetapkan jumlah pinjaman anda dengan sewajarnya. E-mel gloriasloancompany@gmail.com
    Puan Gloria S

    ReplyDelete
  2. SYARIKAT PINJAMAN GLORIA S

Note: Only a member of this blog may post a comment.