`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, October 25, 2013

Beginilah Pakaian Ratu Skuasy Negara Islam Malaysia (?).


SUKAN 

Nicol, Wee Wern mara ke suku akhir Terbuka China
 memulakan cabaran Terbuka China 2013 dengan langkah kanan apabila mengalahkan pemain tuan rumah Li Donglin untuk mara ke peringkat suku akhir. 

Pada perlawanan pusingan pertama hari ini, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain China itu dengan keputusan 11-6, 11-4 dan 11-2. Pada peringkat suku akhir esok, Nicol akan berdepan dengan pemain daripada pusingan kelayakan, Dipika Pallikal dari India yang sebelum itu melakukan kejutan besar dengan mengalahkan pemain pilihan ketujuh Madeline Perry.
Dipika menyingkirkan pemain Ireland itu dengan keputusan 11-8, 11-7 dan 11-4.

Sementara itu, pemain nombor dua negara yang juga juara bertahan Low Wee Wern terpaksa bertarung dalam lima set sebelum menempah slot suku akhir dengan menundukkan pemain Australia, Rachel Grinham dengan 11-4, 7-11, 11-9, 7-11 dan 11-5.

Bagaimanapun, Wee Wern, yang juga pemain ranking ketujuh dunia, bakal menghadapi laluan berliku pada saingan seterusnya apabila berdepan dengan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily. Pemain Mesir berusia 24 tahun itu mara ke suku akhir selepas menjinakkan pemain pusingan kelayakan, Donna Urquhart dari Australia dengan keputusan 8-11, 11-4, 11-9 dan 11-9.

Semua pemenang pusingan pertama mara ke suku akhir. - Bernama, 25 Oktober, 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Beginilah pakaian Ratu skuasy negara Islam Malaysia (?), Datuk Nicol David (gambar di atas). Tidak kira apa agamanya, namun ia mewakili negara umat Islam Malaysia.  Tidak cukupkah bijak-bijak pandai Malaysia yang mamapu  mencipta pakaian sopan sesuai dengan Islam sebagai agama Persekutuan negara ini?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.